Mesej daripada Spotify:
Jangan Membahayakan Muzik Anda
Sebagai rakan kongsi anda yang dipercayai, kami mahu meluangkan masa untuk memberikan amaran kepada anda tentang beberapa iklan mengelirukan untuk perkhidmatan promosi muzik tidak sah yang kami telah lihat baru-baru ini.
Pihak ketiga yang menjanjikan peletakan senarai main atau sejumlah strim tertentu sebagai tukaran bayaran mungkin menggunakan amalan tidak sah tanpa pengetahuan anda. Perkhidmatan tersebut boleh mengancam kerja keras anda, menyebabkan penahanan strim atau royalti, atau pembuangan seluruh katalog anda daripada perkhidmatan penstriman.
Rakan kongsi penstriman kami bekerja keras untuk memastikan strim adalah sah, maksudnya strim menunjukkan niat mendengar pengguna yang sebenar. Jika perkhidmatan mendapati bahawa anda (atau pihak ketiga yang diupah oleh anda atau bagi pihak anda) telah menaikkan kiraan main melalui sebarang kaedah automatik, mengelirukan, melibatkan penipuan atau kaedah lain yang tidak sah (bot digital, "ladang klik", bayaran untuk peletakan senarai main dan sebagainya), perkhidmatan tersebut mungkin akan membuang seluruh katalog anda selama-lamanya.
Jika anda sedang mencari perkhidmatan promosi muzik, pastikan anda membuat penyelidikan sebelum mengupah mereka.
Sign Up