Penstriman buatan, turut dikenali sebagai penipuan penstriman atau "penggunaan bot" adalah penggunaan cara buatan oleh artis untuk meningkatkan kiraan strim mereka, atau muzik mereka terlibat dalam amalan sebegitu.
Jika mereka mendapati sebahagian besar strim bagi keluaran anda ialah buatan, muzik anda mungkin akan dibuang daripada perkhidmatan penstriman, dan royalti yang diperoleh daripada penstriman buatan tersebut tidak akan dibayar. Anda juga mungkin menerima amaran daripada DistroKid dan/atau akaun DistroKid anda akan ditutup.
Ini perkara serius dan penting untuk diulang:
- JANGAN BAYAR UNTUK SEBARANG PERKHIDMATAN YANG MENAWARKAN LEBIH BANYAK STRIM
- JANGAN BAYAR UNTUK SEBARANG PERKHIDMATAN YANG MENAWARKAN LEBIH BANYAK PENGIKUT
- JANGAN BAYAR UNTUK SEBARANG PERKHIDMATAN YANG MENAWARKAN PELETAKAN SENARAI MAIN
Membayar untuk Lebih Banyak Strim
Ia tidak selalunya jelas bahawa perkhidmatan yang anda pilih untuk membantu perkembangan anda sebagai artis adalah palsu, contohnya melalui syarikat "promosi" yang mendakwa mereka mencipta iklan. Syarikat promosi tersebut selalunya suatu penipuan.
Kadangkala, penipuan penstriman bukan berpunca daripada artis yang berniat jahat, tetapi daripada pembelian kempen pemasaran yang tidak jujur. Jika anda merancang untuk menjalankan kempen promosi untuk muzik anda, sila buat penyelidikan dan hanya bekerjasama dengan syarikat yang bereputasi baik. Ada banyak syarikat "promosi" atau "pemasaran" yang kononnya kelihatan sah, tapi sebenarnya menggunakan bot dan kaedah tidak jujur yang lain untuk meningkatkan strim secara buatan. Selalunya ia berakhir dengan teruk bagi artis yang terlibat dengan syarikat tersebut.
Senarai Main Dengan Penstriman Buatan
Penting bagi anda untuk mempunyai kesedaran tentang senarai main yang menambah muzik anda, walaupun anda tidak membayar untuk diletakkan dalam senarai main tersebut. Malangnya, ada pemilik senarai main yang mengembangkan senarai main mereka melalui penipuan penstriman. Jika muzik anda diletakkan dalam salah satu senarai main sebegitu, ia boleh membawa kepada strim buatan dan mungkin menyebabkan pembuangan keluaran anda.
Kami telah menyediakan langkah untuk menyemak senarai main yang telah menambah keluaran anda dalam artikel FAQ kami di sini.
Ini alat yang hebat untuk memeriksa jika senarai main yang anda sertai mempunyai bot: https://www.artist.tools/bot-checker
Jika anda ingin melaporkan senarai main yang mencurigakan kepada Spotify, sila lawat https://artists.spotify.com/c/ms/playlist-reporter.
Cara Platform Menangani Strim Buatan
Rakan penstriman kami sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan mencegah penipuan penstriman dalam platform mereka. Ambil perhatian bahawa perkhidmatan penstriman berhak untuk membuang kandungan yang dimanipulasikan daripada platform mereka. Lihat kenyataan terus daripada Spotify ini:
Strim buatan ialah strim yang tidak menunjukkan niat mendengar pengguna yang sebenar, termasuk sebarang percubaan untuk memanipulasi Spotify dengan menggunakan proses automatik (bot atau skrip).
Kami menggunakan banyak sumber kejuruteraan dan penyelidikan untuk mengesan, mengurangkan dan mengeluarkan aktiviti penstriman buatan di Spotify supaya tiada apa-apa menghalang misi kami untuk memberi peluang kepada artis untuk menyara hidup dengan seni mereka, serta supaya pemegang hak dibayar seadil-adilnya untuk kerja mereka. Integritinya sangat penting bagi kami kerana strim yang tidak sah bermaksud ada artis yang jujur dan rajin di sebaliknya yang terjejas.
Maklumat lanjut daripada Spotify di sini:
Bagaimanakah Spotify memberi perlindungan daripada penstriman buatan?
Sign Up