Akaun Pemuzik Plus dan Terunggul DistroKid memberi anda akses kepada Anggaran Statistik Harian daripada Spotify, Apple Music, iTunes dan Amazon.
Kadangkala, jumlah dalam Statistik Harian agak berbeza daripada jumlah yang ditunjukkan dalam penyata pendapatan bulanan anda. Ia mungkin juga turun ke sifar pada masa tertentu. Jangan takut! Itu perkara normal, biasa, dan bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.
Secara amnya ini isu tentang cara perkhidmatan penstriman membuat laporan kepada DistroKid (API), dan isu sebegini biasanya akan selesai dalam lebih kurang 24 jam.
Selain itu, penting untuk diingat bahawa statistik yang dianggarkan datang daripada sistem yang betul-betul berbeza daripada laporan pendapatan, dan sebarang turun naik langsung takkan memberikan kesan pada pendapatan sebenar anda daripada strim/jualan.
Sign Up