HyperFollow ialah alat promosi yang percuma sepenuhnya (dan sangat berkuasa) yang boleh digunakan oleh semua artis DistroKid. Dengan HyperFollow, anda boleh memiliki satu halaman dengan pautan ke muzik anda pada semua perkhidmatan penstriman.
Halaman HyperFollow dicipta secara automatik untuk setiap muat naik DistroKid. Sebaik sahaja anda selesai memuat naik keluaran, anda boleh mula mempromosikan dan mengumpul prasimpan dalam Spotify (termasuk alamat e-mel peminat) dengan HyperFollow. Sebaik sahaja keluaran anda disiarkan pada tarikh keluarannya, halaman HyperFollow anda akan dikemas kini secara automatik untuk memasukkan pautan ke perkhidmatan penstriman lain.
Pautan HyperFollow anda takkan pernah berubah, dan anda takkan perlu mengemas kini tulisan pemasaran atau hantaran media sosial anda.
Anda boleh dapat pautan HyperFollow anda dalam halaman album DistroKid anda, atau dengan mengklik Menu Ciri DistroKid di bahagian atas sebelah kanan , kemudian mengklik "Promosikan diri anda".
Anda boleh mencipta halaman HyperFollow pada bila-bila masa dengan melawat https://hyperfollow.com, memasukkan "nama pengguna", dan mengklik "TUNTUT HALAMAN". Ambil perhatian bahawa halaman ini takkan mempunyai kefungsian prasimpan atau kemas kini pautan keluaran automatik, tapi ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, bukan muzik sahaja!
Apa Gunanya HyperFollow?
Ini sebahagian faedah tambahan daripada penggunaan HyperFollow:
Lebih banyak pengikut! Sesiapa saja yang mengklik butang pada halaman HyperFollow anda untuk prasimpan keluaran anda akan mengikut anda secara automatik dalam Spotify.
Lebih banyak pendengar! Selain mengikut halaman artis anda dalam Spotify, sesiapa saja yang mengklik butang itu akan menyimpan album anda secara automatik ke pustaka Spotify mereka.
Lebih banyak penyelidikan! Anda akan mendapat akses kepada lokasi geografi tahap bandar dan maklumat demografi lain (tanpa nama) tentang peminat anda.
Lebih banyak maklumat! Anda boleh lihat muzik lain yang didengari oleh peminat anda. Walaupun artis lain itu tidak menggunakan DistroKid.
Lebih banyak statistik! Anda akan tahu bilangan pelawat bagi halaman HyperFollow anda, serta jumlah pengikut tambahan yang anda dapat.
Lebih banyak kenalan! Anda akan diberikan alamat e-mel setiap peminat. (Pelan Pemuzik Plus dan Terunggul sahaja)
Sign Up