iTunes Match ialah perkhidmatan bagi peminat muzik yang membayar Apple $25 setahun untuk memuat naik keseluruhan koleksi muzik mereka ke awan Apple dan menstrim muzik tersebut daripada awan Apple dengan sebarang peranti. Peminat muzik boleh juga memuat naik & menstrim muzik yang mereka tidak beli daripada iTunes.
Artis seperti anda dibayar setiap kali salah seorang daripada pelanggan tersebut menstrim salah satu lagu anda.
Ada dua sebab iTunes Match baik untuk artis:
1) Artis mendapat bayaran setiap kali peminat menstrim lagu mereka -- walaupun peminat itu sudah membeli lagu tersebut. Dalam keadaan ini, artis bagaikan dibayar dua kali (sekali untuk muat turun, sekali untuk strim).
2) Jika peminat memuat turun lagu anda secara haram atau melalui cara lain yang tidak melibatkan pembayaran -- artis masih dibayar setiap kali pelanggan iTunes Match menstrim lagu itu. Memang bagus.
Sign Up