Jika muzik anda bercampur aduk dengan muzik artis lain di sesebuah platform, anda boleh menggunakan alat Fixer DistroKid untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kadangkala, platform penstriman mengelompokkan artis yang mempunyai nama yang sama atau hampir serupa, jadi Fixer disediakan untuk membantu jika terdapat kesilapan pada pihak mereka.
Untuk mencari alat Fixer, klik Menu Ciri DistroKid, kemudian klik "Membantu Apabila Diperlukan" di bawah Keistimewaan, dan pilih "Fixer". Sebagai alternatif, anda boleh terus pergi ke https://distrokid.com/fixer.
Di sana, klik pada menu lungsur dan pilih perkara yang perlu dibetulkan. Kemudian isi maklumat yang diperlukan, dan hantar permintaan tersebut. Anda perlu menghantar permintaan berasingan bagi setiap platform yang memerlukan pembetulan.
Sila ambil perhatian bahawa sesetengah platform mengendalikan isu ini secara terus tanpa melalui pengedar. Jika ya, Fixer akan mengarahkan anda terus ke platform berkenaan.
Cara menggunakan Fixer
Tentukan jika muzik anda berada di halaman yang salah
Sebelum menyerahkan permintaan Fixer, anda perlu mengesahkan jika halaman artis tersebut dicipta untuk muzik anda atau muzik artis lain. Memilih pilihan yang salah boleh melambatkan proses pembetulan atau menyebabkan permintaan anda ditolak.
Untuk menyemak sama ada muzik anda berada di halaman yang salah atau jika muzik orang lain berada di halaman anda, pergi ke halaman artis yang menyenaraikan muzik anda. Pastikan salah satu keluaran terawal adalah milik anda. Jika ya, pilih "Muzik orang lain dipaparkan di halaman saya". Jika bukan muzik anda, pilih "Muzik saya berada di halaman yang salah".
Jika anda tidak mempunyai keluaran terawal di halaman ini
Jika anda tidak mempunyai keluaran terawal di halaman tersebut, ini bermakna muzik anda telah tersalah peta ke halaman artis lain. Dalam situasi ini, anda boleh menggunakan Fixer untuk meminta halaman baharu, atau memetakan muzik anda ke halaman sedia ada (jika ada). Berikut ialah cara untuk menghantar permintaan di https://distrokid.com/fixer:
- Pilih "Muzik saya berada di halaman yang salah".
- Pilih platform dengan pemetaan yang salah.
- Pilih keluaran yang tersalah peta. (Tidak diperlukan bagi permintaan ke Spotify atau Apple)
- Pilih Artis yang tersalah peta.
- Tambah pautan pada keluaran yang tersalah peta. (Tidak diperlukan bagi permintaan ke Spotify atau Apple)
- Pilih sama ada anda mempunyai halaman artis sedia ada atau tidak untuk perkhidmatan yang ditentukan.
- Memilih "Tidak" akan menghantar permintaan untuk mencipta halaman artis baharu bagi muzik anda.
- Memilih "Ya" akan menghantar permintaan untuk memetakan keluaran anda ke halaman artis yang ditentukan.
- Klik "Selesai", dan siap!
Jika anda memang mempunyai keluaran terawal di halaman ini
Jika keluaran terawal di halaman tersebut ialah milik anda, ini bermakna muzik artis lain telah dipetakan ke halaman artis anda. Dalam hal ini, anda boleh menggunakan Fixer untuk meminta muzik itu dialih keluar daripada halaman anda.
- Pilih "Muzik orang lain dipaparkan di halaman saya".
- Pilih platform yang tersalah peta muzik artis lain ke halaman anda.
- Masukkan pautan ke halaman artis anda pada perkhidmatan yang anda pilih.
- Masukkan pautan ke semua keluaran yang tersalah peta ke halaman artis anda.
- Klik "Selesai", dan siap!
Jangkaan masa menunggu selepas permohonan Fixer dihantar
Selepas permohonan Fixer dihantar, platform penstriman biasanya mengambil masa beberapa hari untuk memprosesnya. Walau bagaimanapun, proses ini kadangkala boleh memakan masa hingga beberapa minggu. Pihak kami tidak akan menerima sebarang makluman apabila proses selesai, jadi anda dinasihatkan untuk menyemak platform berkenaan dari semasa ke semasa.
Sign Up