Tumpuan DistroKid ialah pertandingan seperti pertarungan rap atau pertarungan antara kumpulan, apabila lagu bertarung & pendengar boleh mengundi untuk kegemaran mereka. Pemenang mendapat peletakan pada senarai main Spotify DistroKid yang istimewa, sesetengahnya dengan hampir 200,000 pengikut! Bagi peluang untuk menang, sesiapa sahaja boleh mengundi–– bukan ahli DistroKid sahaja (tiada pendaftaran diperlukan untuk mengundi).
Ini cara ia berfungsi:
- Pada mulanya, pergi ke https://distrokid.com/spotlight/submit/ untuk menyerahkan lagu anda.
- Pilih artis yang anda mahu serahkan kepada Senarai Main Tumpuan (anda boleh menyerahkan satu lagu bagi setiap artis dalam akaun anda)
- Pilih trek yang anda mahu serahkan (hanya lagu yang disiarkan dalam Spotify sekarang akan dipaparkan di sini)
- Pilih Masa Mula Klip Pratonton (29 saat yang paling hebat)
- Klik butang "SAMBUNGKAN SPOTIFY" untuk menyambungkan Spotify dan mengikut senarai main Tumpuan.
Untuk melihat statistik anda, kongsi trek dengan peminat anda, atau menghapuskan trek anda pergi sahaja ke https://distrokid.com/spotlight/me/ dan dari situ anda boleh lihat setiap trek yang anda telah serahkan untuk artis anda, dapatkan pautan untuk dikongsi dengan peminat, atau buang trek tersebut (cuma klik buang di sebelah ikon tong sampah di bawah trek)
Bagaimana untuk menang?
Setelah lagu anda diserahkan, anda akan mendapat pautan untuk dihantar kepada peminat anda untuk mengundi lagu anda. Lagu dengan undian terbanyak setiap minggu akan mendapat tempat dalam senarai main Spotify DistroKid! Anda takkan tahu jumlah undi yang anda telah terima, tapi tiada jumlah tetap yang anda perlukan, jadi anda perlu kongsi dan mempromosikan pautan kepada peminat anda untuk mendapatkan undian sebanyak yang mungkin!
Ini hanya beberapa senarai main yang anda mungkin boleh sertai, lihat senarai main yang lain di sini.
Peraturan:
- Artis boleh menyerahkan (atau mengeluarkan) lagu pada bila-bila masa
- Maksimum satu lagu bagi setiap artis boleh menyertai pertandingan pada satu-satu masa
- Tiada had bagi kekerapan lagu boleh ditambah kepada senarai main
- Undi berganda daripada orang yang sama akan dibuang apabila undian dikira
- Senarai main dikemas kini setiap minggu dan undian ditetapkan semula kepada sifar
- Lagu dengan undian terbanyak akan ditambahkan kepada senarai main DistroKid Spotify
Untuk maklumat lanjut tentang Peraturan Tumpuan DistroKid, klik di sini. Kami mengemas kini senarai main setiap minggu, jadi teruskan menyemak untuk melihat sama ada trek anda telah dipilih! Semoga berjaya!
Sign Up