Dalam artikel ini, kami akan buat penelitian mengikut bahagian dan akan tunjukkan sebarang maklumat yang anda mungkin perlukan tentang borang muat naik DistroKid!
Perkhidmatan
Dalam bahagian ini anda boleh memilih perkhidmatan yang akan menyiarkan keluaran anda! Mahu muzik anda pergi ke perkhidmatan tertentu sahaja? Tiada masalah! Cuma tanda kotak di sebelah perkhidmatan yang anda inginkan dan padam tanda pada kotak perkhidmatan yang anda tidak mahu sertakan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan mana satu yang akan menjadi tempat penghantaran muzik anda.
Bilangan lagu
Dalam bahagian ini, anda boleh memilih bilangan lagu dalam keluaran ini yang anda mahu muat naik. Jika anda memilih satu lagu, anda akan memuat naik single. Jika lebih daripada satu lagu, keluaran anda dalam bahagian EP / Album.
Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara Single, EP dan Album.
Dikeluarkan Sebelum ini?
Dalam bahagian ini, anda menyatakan sama ada keluaran itu telah diedarkan sebelum ini. Pilihan anda dalam soalan ini akan menentukan sama ada anda boleh memilih tarikh pengeluaran pada masa lalu atau masa hadapan. Jika anda memilih bahawa muat naik anda tidak dikeluarkan sebelum ini, dan anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda juga boleh memilih pesanan awal dalam perkhidmatan yang menawarkannya.
Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut.
Tarikh pengeluaran asal
Jika anda telah memilih Ya dalam bahagian "Dikeluarkan Sebelum ini?", anda boleh menyatakan tarikh pengeluaran asal projek tersebut dalam bahagian ini. Jika keluaran anda dikeluarkan sebelum 1920, saya tak dapat membantu, geng. 😉
Nama artis/kumpulan
Bahagian penting: kotak teks ini ialah tempat untuk memasukkan nama artis Utama keluaran tersebut. Artis atau "penghibur" Utama ialah artis utama pada peringkat album. Artis utama akan disenaraikan dalam setiap trek dalam album.
Untuk tahu lebih lanjut tentang Peranan Artis, lihat artikel FAQ ini.
Artis sudah berada dalam Spotify?
Dalam bahagian ini, anda boleh menyatakan kepada DistroKid jika anda sudah mempunyai profil artis yang sedia ada dalam Spotify untuk nama Artis Utama anda, atau tidak. Jika anda mempunyai nama artis yang sedia ada dalam Spotify, anda boleh menggunakan bahagian ini untuk menyatakan halaman artis anda.
Jika anda tidak mempunyai nama artis yang sedia ada dalam Spotify, anda boleh memilih untuk membuat halaman artis baru untuk keluaran baru anda.
Untuk maklumat lanjut tentang cara anda boleh mendapatkan Profil Spotify Artist yang disahkan, lihat artikel FAQ ini.
Artis sudah berada dalam Apple Music?
Sama seperti di atas, jika anda hanya memasukkan satu artis utama pada peringkat album, anda akan lihat bahagian "Artis sudah berada dalam Apple Music?". Jika anda mempunyai nama artis yang sedia ada dalam Apple Music, anda boleh menggunakan bahagian ini untuk menyatakan halaman artis anda.
Jika anda tidak mempunyai nama artis yang sedia ada dalam Apple Music, anda boleh memilih untuk membuat halaman artis baru untuk keluaran baru anda.
Untuk mencari halaman Apple Music Artist anda untuk sebarang keluaran yang anda telah muat naik melalui DistroKid, lihat artikel ini.
Tarikh pengeluaran
Bahagian tarikh pengeluaran borang muat naik adalah untuk menyatakan masa yang anda mahu bagi keluaran anda untuk disiarkan dalam perkhidmatan. Jika anda tidak mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda tidak akan dapat memilih tarikh pengeluaran pada masa hadapan. Anda boleh melawat https://distrokid.com/plan untuk membuat peningkatan.
Untuk maklumat lanjut tentang pemilihan tarikh pengeluaran anda, lihat artikel ini.
Pesanan awal?
Dalam bahagian ini, anda boleh memilih sama ada anda mahu menyertakan keluaran anda ke dalam Pesanan Awal dalam perkhidmatan yang menyokongnya. Anda memerlukan pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi untuk mengakses Pesanan Awal. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut.
Label rakaman
Jika anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda boleh memasukkan Label Rakaman yang disesuaikan dalam bahagian ini.
Kulit album
Dalam bahagian ini, anda boleh pilih karya seni yang anda mahu muat naik. Secara umum, fail .jpg 3000x3000 piksel adalah yang paling sesuai, tetapi kami menerima lebih banyak jenis fail selain itu! Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang cara untuk memastikan karya seni album anda betul.
Tajuk album
Jika keluaran anda mempunyai lebih daripada 1 lagu, anda perlu memasukkan tajuk Album. Jangan guna sebarang nama atau tanda dagangan artis lain dalam tajuk album anda.
Harga album
Jika anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda boleh menyatakan harga album yang disesuaikan dalam bahagian ini. Jika keluaran anda mempunyai lebih daripada 1 lagu, dalam bahagian ini anda boleh menetapkan harga album untuk iTunes dan Amazon. Anda mempunyai pilihan antara $1.99 hingga $14.99, tetapi jika harga untuk membeli semua trek secara individu adalah kurang daripada harga album yang dinyatakan di sini, stor akan menggunakan jumlah trek sebagai harga album.
Bahasa
Dalam bahagian ini, anda boleh memilih bahasa utama yang digunakan dalam keluaran. Bahasa yang dipilih di sini mesti sepadan dengan bahasa yang digunakan untuk tajuk trek.
Genre utama
Di sini anda boleh memilih genre keluaran anda. Senarai genre kami terdiri daripada semua genre yang diterima oleh semua perkhidmatan dalam pengedaran kami, jadi subgenre khusus anda mungkin tidak tersedia. Tak apa! Cuma pilih genre yang paling sama dengan keluaran anda. Lagipun perkhidmatan suka melakukan penyusunan genre mereka sendiri 🙂.
Genre kedua
Jika satu genre tidak cukup deskriptif untuk anda, ini berita baik! Anda boleh tambah satu lagi! Senarai genre ini adalah sama dengan senarai genre utama, jadi pilih satu lagi genre yang sesuai dengan projek anda.
TREK [#]
Tajuk lagu
Dalam bahagian ini, anda menyatakan tajuk keluaran - HANYA tajuk. Maklumat versi dan artis tambahan akan ditambah dalam bahagian akan datang pada menu trek.
Maklumat parentesis adalah okey, asalkan ia sebahagian daripada tajuk dan tidak digunakan untuk menyatakan artis tambahan atau maklumat versi.
✅ Good Riddance (Time of your Life)
❌ I Can’t Sleep (feat. Iann Dior)
✅ I Can’t Sleep
❌ Scary Monsters and Nice Sprites (Noisia Remix)
✅ Scary Monsters and Nice Sprites
Tambah artis yang ditampilkan kepada tajuk lagu?
Untuk single, anda hanya boleh menambah Tukang Remix atau Artis Yang Ditampilkan dalam bahagian ini. Jika single anda adalah kolaborasi antara dua artis, sila nyatakan dua artis tersebut dalam bahagian “Nama artis/kumpulan” di bahagian atas borang muat naik.
Untuk keluaran dengan lebih daripada satu trek, anda juga mempunyai pilihan untuk "Artis primer tambahan"
Jika anda perlu menambah lebih daripada satu artis tambahan kepada trek anda, cuma klik butang "Tambah satu lagi artis yang ditampilkan".
Daripada menu ke bawah, anda boleh memilih Tukang Remix, Artis Yang Ditampilkan atau Artis primer tambahan. Selepas anda memilih jenis artis tambahan, sila nyatakan nama artis tersebut. Jangan risau tentang halaman artis sedia ada mereka dalam Apple dan Spotify, kita akan urus perkara itu dalam bahagian Pemetaan Artis nanti. 🙂
Tambah maklumat "versi" kepada tajuk lagu?
Bahagian ini boleh digunakan untuk menyatakan sebarang maklumat versi berparentesis. Versi yang biasa merangkumi:
-
Secara langsung
-
Akustik
-
Radio Edit
-
Remix
-
Remix [Tukang Remix]
-
Remix [Genre]
Fail audio
Acara utama!! Ini tempatnya anda memilih fail audio untuk trek anda. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang jenis fail audio yang diterima.
Dolby Atmos/Audio ruang
Dalam bahagian ini, anda boleh memuat naik mix Dolby Atmos/Audio Ruang bagi trek anda. Jika anda tidak tahu apa benda ini, secara ringkas:
Dolby Atmos ialah pengalaman mendengar yang sangat stereo dan hebat yang tersedia dalam Apple Music, TIDAL dan Amazon. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang Dolby Atmos dan artikel ini tentang cara untuk mencipta mix Dolby Atmos anda sendiri.
Pencipta lagu
Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan sama ada lagu tersebut ialah lagu asal atau lagu nyanyian semula.
Nama sebenar pencipta-pencipta lagu
Untuk lagu asal, anda perlu menyenaraikan nama sebenar pencipta lagu, untuk maklumat lanjut lihat artikel ini.
Lagu Nyanyian Semula
Jika anda telah menyatakan bahawa lagu anda ialah nyanyian semula, anda perlu semak maklumat lagu nyanyian semula tersebut, tambah maklumat artis dan tajuk lagu Asal, serta menyatakan bahawa lagu itu tidak mensampel atau mengadun semula rakaman artis lain (diperlukan).
Lirik eksplisit
Jika keluaran anda mempunyai lirik eksplisit, anda perlu menyatakannya dalam bahagian ini.
Adakah ini "radio edit"?
Jika anda telah menandakan bahawa trek anda tidak mempunyai lirik yang eksplisit, dalam bahagian ini anda akan diminta untuk menyatakan sama ada trek tersebut bersih dan sentiasa begitu, atau jika ada versi eksplisit bagi lagu itu, dan ini adalah versi bersih (atau tertapis) lagu tersebut
Instrumental
Dalam bahagian ini, anda boleh menyatakan sama ada lagu anda mengandungi lirik atau instrumental
Apple Digital Master?
Dalam bahagian ini, anda boleh menyatakan sama ada keluaran anda telah diindukkan oleh tempat Mastering Apple Digital Masters yang disahkan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Masa mula klip pratonton
Dalam bahagian ini, anda boleh menyesuaikan bahagian trek anda yang anda mahu dalam pratonton stor! Cuma pilih "masa bahagian yang baik bermula" untuk menetapkan bahagian trek yang anda mahu untuk pratonton dalam TikTok, Apple Music dan iTunes.
Ambil perhatian bahawa penyuntingan masa klip pratonton hanya boleh dilakukan untuk trek yang lebih panjang daripada 1:16.
Harga Trek
Jika anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda boleh menyatakan harga lagu yang disesuaikan dalam bahagian ini untuk iTunes dan Amazon. Anda boleh memilih $0.69, $0.99 atau $1.29, tapi ingat bahawa trek yang melebihi 10 minit akan diberikan harga yang lebih tinggi.
Ulang langkah ini untuk setiap trek dalam keluaran anda sehingga anda telah memuat naik semua trek. Hampir selesai!
PEMETAAN ARTIS
Dalam bahagian ini, anda boleh memastikan bahawa semua artis telah dipautkan dengan betul dalam perkhidmatan penstriman. Jika artis anda tidak mempunyai halaman artis yang sedia ada, anda boleh memilih "Biarkan perkhidmatan penstriman memutuskannya". Jika artis anda mempunyai halaman artis yang sedia ada dalam Spotify dan Apple Music, anda boleh menyatakannya dengan memilih "[Nama Artis]" mempunyai halaman sedia ada dalam Spotify atau Apple yang saya ingin tetapkan…”
Dari situ, anda boleh menyatakan URI Spotify dan URL Apple Artist untuk artis anda.
EKSTRA (TIDAK WAJIB TAPI HEBAT)
Bahagian Ekstra membenarkan anda untuk menambah ekstra tidak wajib kepada keluaran anda.
Untuk maklumat lanjut tentang ekstra individu yang boleh diperoleh dan harganya, klik di sini.
KOTAK SEMAK PENTING (WAJIB)
Bahagian terakhir ialah Kotak Semak Penting (Wajib). Anda dikehendaki untuk melengkapkan bahagian ini supaya dapat menghantar keluaran anda kepada perkhidmatan.
Anda boleh lihat Syarat Perkhidmatan dan Perjanjian Pengedaran DistroKid di sini.
Siap! Klik Selesai dan keluaran anda akan dihantar ke perkhidmatan yang anda telah pilih. Tahniah!!
Sign Up