Sellouts ialah kolaborasi dengan 10,000 pencipta muzik bebas untuk mereka bentuk & mencipta 10,000 NFT yang mempunyai ciri tersendiri, boleh dikumpul serta negatif karbon yang memperingati muzik setiap artis.
Dari 17 November sehingga 1 Disember 2021, artis dapat menyertai senarai tunggu Sellouts, dan mencipta NFT mereka sendiri di sini: https://distrokid.com/sellouts
Kami telah bekerjasama dengan Nifty Gateway, platform mesra artis yang telah menjanjikan penghasilan karbon-negatif (maklumat lanjut di sini) untuk koleksi tersebut.
Kesemua 10,000 Sellouts mula dijual ($60 setiap satu) di Nifty Gateway melalui cabutan rawak pada 15 Disember 2021, dan kesemua 10,000 NFT asal habis dijual pada keesokan harinya!
Jika anda telah menyertai kolaborasi tersebut dan mahu menyemak status penyerahan NFT anda, anda boleh lawat https://distrokid.com/sellouts/me untuk melihat jika penyerahan anda telah dipilih.
Walaupun kami tidak akan menjana atau mengeluarkan sebarang NFT Sellouts tambahan buat masa ini, nantikan lebih banyak peluang NFT pada masa hadapan!
Sila ambil perhatian: Nifty Gateway dan DistroKid masing-masing telah mengambil sedikit bayaran pemprosesan daripada setiap penjualan NFT.
Selain itu, hak intelektual bagi muzik tersebut tidak disertakan dengan pemilikan NFT Sellouts.
Sign Up