Apabila anda menyerahkan karya anda kepada YouTube Music, anda boleh pastikan keluaran anda dipetakan ke halaman artis YouTube Music yang betul!
Pada borang muat naik, jika anda mempunyai halaman artis YouTube Music yang sedia ada, cuma masukkan ID YouTube Artist apabila menerima prom.
Jika anda tidak mempunyai profil YouTube Music sedia ada, cuma pilih "Tidak - Saya belum mempunyai profil artis dalam YouTube Music" dan permintaan untuk profil baru bagi karya anda akan dihantar bersama muzik anda.
Jika karya anda dihantar ke halaman artis yang salah dalam YouTube, anda boleh menggunakan Alat Pengatur kami untuk menyerahkan permintaan untuk menghantar sebarang keluaran dalam halaman artis yang salah ke halaman artis yang betul, ataupun meminta halaman artis baru jika perlu.
Ingat, setiap artis mempunyai dua halaman dalam ekosistem produk YouTube yang memaparkan album mereka:
YouTube Music - Ini ialah platform penstriman muzik YouTube. Apabila anda memilih "YouTube Music" dalam borang muat naik, DistroKid akan mengedarkan karya anda ke platform ini.
YouTube - Sebaik saja keluaran anda berada dalam YouTube Music, YouTube kemudiannya turut mencipta Saluran Topik yang boleh diperoleh pada platform penstriman umum mereka. Setiap trek ditukarkan menjadi "video" imej pegun yang mempunyai audio sahaja yang dipanggil Art Track.
Profil Artis dan Saluran Topik dikenal pasti dengan ID Artis yang sama dan merangkumi senarai album yang sama yang dikaitkan dengan ID Artis tersebut.
Apabila semua muzik anda berada dalam Profil Artis YouTube Music yang betul (menggunakan ID Artis anda), anda turut memastikan bahawa jika anda mempunyai saluran YouTube anda sendiri (saluran Milikan dan Terkendali, iaitu Owned and Operated atau singkatannya O&O), ia boleh ditukar menjadi Saluran Artis Rasmi.
Ia turut memastikan bahawa semua karya anda yang boleh diperoleh dalam YouTube Music akan tersedia dalam Saluran Artis Rasmi anda jika anda memilih untuk menukar saluran anda sendiri menjadi Saluran Artis Rasmi!
Sign Up