Platform penstriman mengklasifikasikan keluaran anda secara automatik berdasarkan bilangan lagu dan tempoh keluaran.
Ini penjelasan ringkas:
-
Single:
- 1–3 lagu, setiap lagu kurang daripada 10 minit.
-
EP:
- kurang daripada 30 minit, atau 1–3 lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu berdurasi lebih 10 minit (jumlah keseluruhan masih kurang daripada 30 minit).
-
Album:
- 7 lagu atau lebih.
Ketiga-tiga format dimuat naik dengan cara yang sama di DistroKid.
Mahu butiran lanjut? Berikut ialah versi penuh
Cara muat naik setiap format di DistroKid
Memuat naik lagu dengan DistroKid mudah dan sama untuk setiap format.
Sebelum bermula, pastikan semua yang diperlukan sudah tersedia:
- Fail audio akhir yang telah melalui proses mastering (WAV atau FLAC disyorkan)
- Seni kulit album segi empat sama (minimum 1000×1000 piksel)
- Metadata: tajuk lagu, nama artis atau kumpulan, genre
- Tarikh keluaran (pelan Pemuzik Plus atau Terunggul diperlukan untuk memilih sendiri tarikh keluaran. Untuk menaik taraf, layari distrokid.com/plan)
- Daftar masuk ke DistroKid.
- Klik "Muat Naik Muzik" di sudut kanan atas.
- Pilih platform untuk pengedaran lagu anda.
- Di bahagian "Bilangan Lagu", pilih jumlah lagu yang ingin dimuat naik. Pilihan ini akan menentukan sama ada keluaran anda ialah single, EP atau album.
- Muat naik fail audio dan karya seni album anda.
- Lengkapkan butiran lain mengenai keluaran anda.
Bolehkah saya mengeluarkan single sekarang dan memasukkannya ke dalam album kemudian?
Boleh. Muat naik single terlebih dahulu, kemudian muat naik album penuh (termasuk lagu tersebut) sebagai keluaran berasingan apabila anda sudah bersedia.
Selepas album dilancarkan, anda boleh memilih sama ada untuk mengekalkan atau mengeluarkan single asal daripada platform.
Jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul, menggunakan semula ISRC single untuk versi album boleh membantu mengekalkan jumlah main dan kedudukan dalam senarai main, tetapi ia tidak dijamin.
Ketahui lebih lanjut tentang caranya: Bolehkah saya memuat naik single sebelum album saya, kemudian menyertakan single itu dalam album saya?
Format manakah yang sesuai untuk keluaran anda?
Tiada satu pilihan yang sesuai untuk semua. Pilihan terbaik bergantung pada matlamat anda.
Single membolehkan anda membuat keluaran dengan lebih kerap dan kekal aktif. Satu lagu dengan promosi yang lebih fokus dan mudah dicalonkan.
EP menghimpunkan beberapa lagu dalam satu keluaran yang lebih ringkas berbanding album penuh.
Album sesuai untuk projek lengkap yang ingin anda sajikan kepada pendengar mengikut susunan lagu.
Pelan DistroKid menawarkan muat naik tanpa had dengan yuran tahunan tetap, jadi anda boleh memilih format yang paling sesuai tanpa perlu memikirkan soal bajet. Anda boleh mengeluarkan single bulan ini dan album bulan depan tanpa kos muat naik tambahan.
Maklumat tambahan
Berapa banyak lagu dalam sebuah EP?
4–6 lagu dengan jumlah durasi kurang daripada 30 minit, atau 1–3 lagu dengan sekurang-kurangnya satu lagu berdurasi lebih 10 minit (jumlah keseluruhan masih kurang daripada 30 minit).
Adakah kos untuk mengeluarkan album lebih tinggi?
Tidak. DistroKid membolehkan anda membuat keluaran tanpa had.
Apakah format fail audio yang diterima oleh DistroKid?
WAV, FLAC, MP3, M4A, AIFF dan WMA. Format lossless (WAV atau FLAC) mengekalkan kualiti audio sepenuhnya. Saiz fail mesti kurang daripada 1 GB.
Apakah kriteria seni kulit album?
- Satu imej .jpg berbentuk segi empat sama
- minimum 1000×1000 piksel (3000×3000 disyorkan)
- Menggunakan mod warna RGB.
- Elakkan URL, kod QR, logo pihak ketiga, harga atau unsur bogel. Platform penstriman akan menolak karya seni yang mengandungi elemen tersebut.
Sign Up