Sama seperti DistroKid, apabila anda menggunakan DistroVid untuk mengedarkan video muzik anda kepada perkhidmatan, anda simpan 100% pendapatan anda.
DistroVid tidak mengambil sebarang peratus daripada jumlah yang dihantar oleh stor kepada kami untuk pendapatan anda. Apabila stor menghantar laporan pendapatan video anda kepada kami, kami hantar 100% daripada pendapatan yang diagihkan kepada anda terus ke bank DistroKid anda. Kami betul-betul rasa anda tidak patut memberikan sebahagian peratusan daripada pendapatan anda untuk tontonan / strim / jualan kepada pengedar anda. Anda yang mendapatkan duit itu!
Selain itu, sama seperti pendapatan daripada perkhidmatan penstriman audio dan stor, laporan pendapatan dan pembayaran akan tersedia untuk anda sebaik sahaja DistroVid menerima dan memproses pendapatan daripada perkhidmatan penstriman video. Perkhidmatan biasanya menghantar laporan tersebut setiap bulan, dan akan menunjukkan tontonan daripada kira-kira 3-6 bulan yang lalu. Jadi, jika seseorang tonton video anda semalam, royalti untuknya takkan muncul dalam bank DistroKid anda sehingga kira-kira 3 bulan dari sekarang.
Sign Up