• Bagaimanakah dan Bilakah Saya akan Dibayar?

    Laporan pendapatan dan pengeluaran boleh diperoleh sebaik sahaja DistroKid memproses pendapatan daripada perkhidmatan penstriman dan stor. Perkhidmatan melaporkan pendapatan anda setiap 1-2 bulan, dengan laporan yang mewakili strim atau jualan daripada beberapa bulan sebelumnya. Biasanya anda boleh menjangkakan pendapatan daripada kebanyakan perkhidmatan selepas keluaran anda disiarkan selama lebih kurang 3 bulan. Beberapa perkhidmatan mungkin kurang kerap melaporkan pendapatan, contohnya sekali atau dua kali setahun. Sila ingat bahawa perkhidmatan tidak melaporkan pendapatan pada hari yang...

    Full article…
  • Berapa Banyak daripada Pendapatan Saya Disimpan oleh DistroKid?

    Tiada! DistroKid tidak mengambil sebarang peratus daripada jumlah yang dihantar oleh stor kepada kami untuk pendapatan anda. Apabila stor menghantar laporan pendapatan kepada kami, kami hantar 100% daripada pendapatan yang diagihkan kepada anda terus ke bank DistroKid anda. Kami betul-betul rasa anda tidak patut memberikan sebahagian peratusan daripada pendapatan anda untuk strim / jualan kepada pengedar anda. Anda yang mendapatkan duit itu, bukan mereka. Apabila anda mengeluarkan pendapatan, anda mungkin tertakluk kepada cukai dan/atau bayaran daripada pemproses pembayaran kami.* SATU-SA...

    Full article…
  • Berapakah Bayaran Perkhidmatan Penstriman untuk Setiap Strim?

    Jawapan ringkas, ia berlainan. Kadar yang dibayar oleh perkhidmatan penstriman bukan terpulang kepada kami -- dan kami tiada kuasa untuk mengubahnya. Kami hanya menghantar jumlah tepat yang dihantar oleh perkhidmatan kepada kami. DistroKid telah dan akan sentiasa menyampaikan 100% daripada pendapatan yang dihantar oleh perkhidmatan kepada kami untuk strim/jualan anda, tolak bayaran perbankan/cukai yang dikenakan. đź’Ż Mengapakah kadar penstriman berbeza-beza? Ada banyak faktor yang digunakan oleh perkhidmatan untuk mengira jumlah yang perlu dibayar kepada anda dan pengiraan kadar berbeza dar...

    Full article…
  • Apabila Saya Menghapuskan Keluaran, Adakah Saya Masih Mendapat Pendapatan Saya?

    Ya. Katakan anda memutuskan untuk menghapuskan keluaran daripada ketersediaan atas apa jua sebab. Anda masih akan mendapat sebarang pendapatan yang anda mungkin telah dapat semasa muzik anda disiarkan dalam perkhidmatan penstriman, sehingga ia hilang. Pendapatan akan dihantar ke akaun anda, mengikut jadual laporan berikut. Jangkakan untuk menunggu sehingga 1-2 minggu bagi muzik anda yang telah dihapuskan untuk hilang daripada semua perkhidmatan penstriman, kadangkala lebih awal.

    Full article…
  • Apakah Maklumat Yang Terkandung dalam Laporan Pendapatan DistroKid?

    Klik "Bank" untuk melihat laporan pendapatan anda untuk strim dan jualan. Mula-mula, anda akan melihat laporan ringkasan. Ia menunjukkan jumlah yang anda dapat daripada setiap stor & perkhidmatan penstriman. Anda boleh memecahkannya mengikut bulan. Klik "Lihat Butiran Terperinci" untuk melihat setiap item baris yang mengandungi maklumat berikut: Bulan Laporan Bulan Jualan Stor Artis Tajuk Kuantiti Lagu/Album Harga pelanggan Negara jualan - Kod Negara boleh diperoleh di sini Pendapatan anda Royalti Pencipta Lagu yang Ditahan - jika lagu anda ialah lagu nyanyian semula, sebahagian daripa...

    Full article…
  • Sudah berapa kali lagu saya dimuat turun/distrim?

    Untuk melihat statistik penstriman dan muat turun pada keluaran anda, daftar masuk ke DistroKid dan lawat bankanda. Dari situ, klik butang biru yang menyatakan "LIHAT BUTIRAN TERPERINCI". Dari sini anda boleh melihat beberapa lajur, tetapi lajur yang menunjukkan kekerapan keluaran anda telah distrim atau dimuat turun ialah lajur "KUANTITI". Bergantung pada perkhidmatan, lajur kuantiti ini akan menunjukkan strim atau muat turun/jualan. Ini ialah perkhidmatan yang melaporkan muat turun (semua yang lain adalah penstriman): iTunes Beatport Amazon (Pembelian di Amazon Webstore) MediaNet...

    Full article…
  • Strim dan/atau Jualan dalam Halaman Statistik Harian Anda Yang Tidak Ditunjukkan dalam Penyata Pendapatan

      Pelan Pemuzik Plus dan Terunggul DistroKid menawarkan akses kepada halaman Statistik Harian yang menunjukkan anggaran statistik harian daripada Spotify, Apple Music, iTunes, dan Amazon. Memang normal untuk mempunyai perbezaan antara jumlah harian tersebut dengan penyata pendapatan bulanan anda. Perbezaan timbul kerana Statistik Harian dan penyata pendapatan datang daripada dua suapan berbeza yang disediakan oleh perkhidmatan penstriman kepada label dan pengedar seperti DistroKid.   Statistik Harian berbanding Laporan Pendapatan Statistik Harian Statistik Harian yang kami tunjukkan kepad...

    Full article…
  • Mengapakah Beberapa Strim dalam Laporan Bank Saya Menunjukkan Pendapatan yang Kosong?

    Ada beberapa faktor yang digunakan oleh perkhidmatan penstriman untuk mengira pendapatan.Sesetengah syarikat penstriman mungkin tidak akan membayar pendapatan untuk pendengar yang dalam percubaan percuma atau promosi lain. Perkhidmatan lain (seperti Spotify) menyatakan bahawa mereka membahagikan hasil berdasarkan negara. Jadi, jika strim berlaku di negara yang lebih kecil dengan pelanggan atau iklan Spotify yang lebih sedikit, bayaran mungkin lebih sedikit daripada satu sen. Harap maklum bahawa kami tidak boleh mewakili perkhidmatan dan jumlah pembayaran setiap stor. Itu ditentukan secara ...

    Full article…
  • Bolehkah Saya Menyimpan Maklumat Bank Saya ke dalam Fail, dan Membukanya dalam Spreadsheet?

    Ya!Untuk melihat maklumat terperinci tentang strim dan jualan anda sebaik sahaja stor dan perkhidmatan penstriman melaporkan pendapatan anda:1. Lawat "BANK"2. Klik "> LIHAT HURAIAN MENGIKUT STOR..." untuk membesarkannya3. Tatal ke bawah dan klik "LIHAT BUTIRAN TERPERINCI"4. Klik butang Muat Turun di sebelah PAPAR di bahagian atas sebelah kanan.Ikon muat turun kelihatan begini:Fail akan disimpan dengan sambungan .tsv (nilai yang dipisahkan tab), yang anda boleh buka dalam perisian spreadsheet pilihan anda (Excel, Google Docs, dan lain-lain) dan susun sesuka hati anda untuk menjumlahkan penda...

    Full article…
  • Adakah DistroKid Mempunyai Program Rujukan?

    Ya! Terima kasih kerana bertanya.Untuk menyebarkan DistroKid kepada rakan anda dan mendapat duit melakukannya: Daftar masuk ke DistroKid Klik gambar profil anda di bahagian atas sebelah kanan Klik "Program Rujukan"   Anda akan dapat $10 untuk setiap pelanggan dan semua rakan anda akan mendapat diskaun 7% untuk keahlian tahun pertama mereka.  

    Full article…
  • Pendapatan DistroVid

    Sama seperti DistroKid, apabila anda menggunakan DistroVid untuk mengedarkan video muzik anda kepada perkhidmatan, anda simpan 100% pendapatan anda. DistroVid tidak mengambil sebarang peratus daripada jumlah yang dihantar oleh stor kepada kami untuk pendapatan anda. Apabila stor menghantar laporan pendapatan video anda kepada kami, kami hantar 100% daripada pendapatan yang diagihkan kepada anda terus ke bank DistroKid anda. Kami betul-betul rasa anda tidak patut memberikan sebahagian peratusan daripada pendapatan anda untuk tontonan / strim / jualan kepada pengedar anda. Anda yang mendapatk...

    Full article…
  • Adakah Vevo Menghantar Pendapatan untuk Tontonan Video Muzik saya?

    Ya! Pendapatan Vevo dilaporkan 2-4 kali setahun. Sebagai contoh, jika kami baru kongsi laporan pendapatan untuk Ogos, Vevo mungkin menunjukkan maklumat pendapatan dari Mac. Sila ingat bahawa bukan semua perkhidmatan penstriman menyerahkan laporan pendapatan pada masa yang sama, jadi anda mungkin menerima pendapatan untuk muat naik DistroVid anda daripada perkhidmatan lain lebih awal daripada pendapatan Vevo untuk video yang sama. Vevo melaporkan pendapatan untuk tontonan video anda, manakala YouTube menjana hasil iklan daripada audio yang digunakan dalam video anda jika anda telah memilih ...

    Full article…
  • Bagaimankaha Saya boleh Mendapatkan Plak Rakaman Emas Atau Platinum?

    Jika anda rasa single atau album anda telah menjual lebih daripada 500,000 salinan (emas) atau 1,000,000 salinan (platinum) di Amerika Syarikat, atau distrim dalam jumlah yang sama*, sila beritahu kami. Kami akan sahkan jumlahnya & bekerjasama dengan RIAA untuk mendapatkan pengesahan untuk anda. Dari situ, anda boleh membenarkan pihak yang akan mendapat plak.Memang satu kebiasaan untuk menganugerahkan plak kepada sesiapa sahaja yang terlibat sepanjang perjalanan--peguam, pengurus, <batuk>pengedar<batuk>, label, studio rakaman, serta sudah tentunya artis dan sesiapa saja yang terlibat dalam...

    Full article…
  • Bagaimanakah Saya boleh Mendapatkan Lebih Banyak Strim?

    DistroKid menawarkan beberapa cara untuk mempromosikan muzik anda seperti HyperFollow, Video Mini, Penjana Meme, Lirik Segerak dan banyak lagi! Malangnya, beberapa syarikat pemasaran telah meyakinkan artis untuk membayar bagi perkhidmatan yang "menjamin" ratusan atau ribuan strim untuk membesar-besarkan persepsi peminat tentang kemasyhuran atau kejayaan artis. Perkhidmatan sebegini tidak sah sama sekali, dan selalu menyebabkan lonjakan strim yang tinggi daripada sejumlah kecil akaun/pengguna. Sangat penting bagi anda untuk tidak membeli sebarang perkhidmatan yang "menjamin" strim, pengiku...

    Full article…