Jika anda rasa single atau album anda telah menjual lebih daripada 500,000 salinan (emas) atau 1,000,000 salinan (platinum) di Amerika Syarikat, atau distrim dalam jumlah yang sama*, sila beritahu kami. Kami akan sahkan jumlahnya & bekerjasama dengan RIAA untuk mendapatkan pengesahan untuk anda.
Dari situ, anda boleh membenarkan pihak yang akan mendapat plak.
Memang satu kebiasaan untuk menganugerahkan plak kepada sesiapa sahaja yang terlibat sepanjang perjalanan--peguam, pengurus, <batuk>pengedar<batuk>, label, studio rakaman, serta sudah tentunya artis dan sesiapa saja yang terlibat dalam proses kreatif tersebut.
Terpulang kepada anda!
Ada bayaran untuk setiap plak. Anda boleh membayarnya, atau biarkan setiap penerima membayarnya sendiri, atau gabungkannya.
* Untuk mengira jualan berkaitan dengan penstriman setara, berikut ialah kriteria pensijilan yang diterbitkan oleh RIAA.
Sign Up