Pek Media Sosial ialah Ekstra Album DistroKid dengan caj tahunan yang membantu anda menjana pendapatan apabila muzik anda digunakan dalam video di platform media sosial. Setelah melanggan Pek Media Sosial, DistroKid akan membantu perkhidmatan (YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook) mengesan muzik anda dalam video yang disiarkan di platform mereka dan menghantar pendapatan tersebut kepada anda.
Pengecaman audio ini terpakai untuk video yang menyertakan muzik anda secara asal. Ini bermakna muzik tersebut adalah sebahagian daripada video semasa dimuat naik, dan bukan ditambah selepas dimuat naik melalui pustaka audio platform tersebut. Kandungan seperti ini dikenali sebagai kandungan dijana pengguna (UGC), dan anda tidak akan memperoleh pendapatan daripada video UGC melainkan anda melanggan ekstra album Pek Media Sosial untuk muzik anda.
Cara untuk Menyertai Pek Media Sosial
Anda boleh menyertai Pek Media Sosial melalui borang muat naik DistroKid di bawah bahagian "Ekstra". Harga bagi Pek Media Sosial adalah mengikut setiap keluaran (album atau single). Jika mahu, anda juga boleh menambah ciri ini untuk keluaran selepas ia dimuat naik ke DistroKid. Caranya, layari halaman keluaran dari papan pemuka DistroKid anda, tatal ke bawah ke bahagian "Ekstra", tandakan kotak untuk Pek Media Sosial, dan klik "Tambah Ciri Terpilih".
Selepas anda menyertainya, DistroKid akan memasukkan keluaran anda ke dalam pangkalan data platform. Platform tersebut menggunakan teknologi pengecapan jari audio untuk mengesan muzik anda apabila ia muncul dalam sebarang video yang menggunakan muzik anda secara asal. Kandungan ini dipanggil kandungan dijana pengguna (UGC).
Pengewangan dengan Pek Media Sosial
Pek Media Sosial membolehkan anda mendapat sebahagian pendapatan yang dijana oleh video UGC yang menggunakan muzik anda dalam YouTube, TikTok, Instagram atau Facebook.
Pendapatan ini (tolak 20%) akan diberikan kepada anda, dan ia akan ditunjukkan dalam tab "Bank" DistroKid anda.
Untuk butiran tambahan tentang pengewangan dalam setiap platform, sila lihat di sini:
Pengewangan YouTube
Pengewangan TikTok
Pengewangan Meta
Pengewangan Spotify
Sign Up