Memuat naik Keluaran Lihat semua 21 artikel

  • Cara Mengedarkan Muzik Melalui DistroKid: Panduan Langkah demi Langkah untuk Ahli Baharu

    Mengedarkan muzik anda ke platform penstriman adalah cepat dan mudah. Daftar akaun DistroKid, kemudian layari pautan ini:

    https://distrokid.com/new

    Dari situ, anda boleh menambah:

    • Perkhidmatan & platform penstriman untuk muzik anda
    • Audio anda
    • Seni kulit album anda
    • Maklumat keluaran (tajuk lagu, tarikh keluaran, genre, dan banyak lagi)

    Klik Teruskan, dan kami akan menghantar muzik anda ke perkhidmatan & platform penstriman yang anda pilih.

    Selesai.

    Versi penuh (jika anda mahukan panduan langkah demi langkah)

    Pastikan anda menyediakan:

    • Fail audio anda (format WAV atau FLAC memberikan kualiti bunyi terbaik)
    • Seni kulit segi empat sama (3000 x 3000 piksel)

    Langkah 1: Pilih platform penstriman

    DistroKid mengedarkan muzik anda ke lebih daripada 150 platform penstriman, termasuk Spotify, TikTok, YouTube, Apple Music, dan banyak lagi. Pilih platform penstriman untuk muzik anda.

    Langkah 2: Masukkan maklumat keluaran

    Muat naik fail audio dan karya seni album anda, kemudian lengkapkan maklumat keluaran berikut:

    • Nama artis
    • Tajuk lagu
    • Tajuk album
    • Nama pencipta lagu dan rakan kolaborasi

    Langkah 3: Tetapkan tarikh keluaran

    • Pelan Pemuzik Plus & Terunggul membolehkan anda memilih tarikh pada masa hadapan sebagai tarikh keluaran
    • Jika anda melanggan Pelan Pemuzik, keluaran anda akan disiarkan sebaik sahaja ia diproses

    Jika anda mahu muzik anda disiarkan di semua platform pada hari yang sama, kami mengesyorkan anda memuat naik kira-kira 4 minggu lebih awal. DistroKid menghantar keluaran lebih pantas berbanding pengedar lain, tetapi masa tambahan ini memberi peluang kepada platform penstriman untuk memproses keluaran anda sebelum ia disiarkan.

    Langkah 4: Tambahkan lagu anda

    Bagi setiap lagu:

    • Masukkan tajuk lagu
    • Muat naik fail audio
    • Tambahkan maklumat pencipta lagu
    • Tandakan jika lagu mengandungi lirik eksplisit

    Anda juga boleh menambah artis yang ditampilkan dan pencipta lagu, mendapatkan lesen untuk mengedarkan lagu nyanyian semula, serta menetapkan harga dan masa mula pratonton mengikut pilihan anda.

    Langkah 5: Semak & hantar

    Semak semula semua maklumat keluaran anda sebelum menghantarnya. Setelah semuanya lengkap:

    • Tandakan semua kotak semak penting (wajib)
    • Klik Teruskan

    Selepas memuat naik

    Berapa lamakah proses pengedaran ini?

    DistroKid menghantar muzik anda lebih pantas berbanding pengedar lain. Kebanyakan keluaran akan mula dipaparkan di platform penstriman dalam masa beberapa hari.

    Tempoh lazim adalah seperti berikut:

    • Spotify: 1 hingga 2 hari
    • Apple Music: 1 hingga 7 hari
    • YouTube Music: 1 hingga 3 hari

    Sesetengah keluaran mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu untuk muncul di semua platform. Sebaik sahaja DistroKid menghantar keluaran anda, setiap perkhidmatan penstriman akan memprosesnya mengikut tempoh masing-masing.

    Adakah anda mengeluarkan lagu nyanyian semula?

    Lagu nyanyian semula memerlukan pelesenan terlebih dahulu, yang mengambil sedikit masa tambahan. Sila beri tempoh sehingga 14 hari bekerja sebelum kami boleh mengedarkan lagu tersebut.

    Halaman HyperFollow anda

    Selepas anda memuat naik, kami akan menjana halaman HyperFollow percuma yang anda boleh sesuaikan untuk keluaran anda.

    Kongsi halaman tersebut di media sosial untuk mengumpulkan prasimpan Spotify sebelum hari keluaran. Halaman ini menjadi tempat orang ramai mencari muzik anda sebaik sahaja ia disiarkan.

    Cari halaman anda di sini:

    https://distrokid.com/hyperfollow

    Maklumat tambahan

    Apakah format audio yang boleh dimuat naik?

    DistroKid menerima format berikut:

    • WAV
    • FLAC
    • MP3
    • M4A
    • AIFF
    • WMA

    WAV dan FLAC disyorkan untuk kualiti audio terbaik.

    Apakah kriteria seni kulit album?

    Seni kulit album perlu memenuhi kriteria berikut:

    • Berbentuk segi empat sama
    • Sekurang-kurangnya 1000 x 1000 piksel
    • Menggunakan mod warna RGB

    Imej yang disyorkan ialah format JPG segi empat sama 3,000 x 3,000. Ini cuma cadangan—kami menerima kebanyakan saiz imej.

    Adakah saya memerlukan ISRC atau UPC?

    Tidak. DistroKid akan menjana kedua-duanya secara automatik dan percuma semasa proses muat naik.

    Jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul, anda juga boleh memasukkan ISRC dan/atau UPC anda semasa muat naik.

    Bolehkah saya memilih tarikh keluaran sendiri?

    Ya, jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul. Jika anda melanggan pelan Pemuzik, keluaran anda akan dihantar ke platform penstriman sebaik sahaja ia diproses, dan akan disiarkan selepas proses semakan dan penghantaran setiap platform selesai.

    Apa itu HyperFollow?

    HyperFollow ialah laman penambat percuma yang dijana oleh DistroKid untuk setiap keluaran. Halaman ini membolehkan anda mengumpulkan prasimpan di Spotify sebelum hari keluaran, dan akan dikemas kini secara automatik dengan pautan platform penstriman sebaik sahaja muzik anda disiarkan.

    Go to article
  • Memasukkan Maklumat Trek pada Borang Muat Naik

    Sebelum menghantar keluaran anda ke perkhidmatan, anda perlu memasukkan maklumat khusus bagi setiap trek. Maklumat ini boleh diisi di bahagian "Trek" pada borang muat naik.

     

    Maklumat yang Diperlukan untuk Setiap Trek

    Tajuk lagu

    Masukkan tajuk trek di medan "Tajuk lagu", tanpa maklumat versi atau nama artis tambahan. Maklumat ini akan ditetapkan pada bahagian seterusnya.

    Penggunaan tanda kurungan pada tajuk boleh diterima, asalkan teks di dalamnya merupakan sebahagian daripada tajuk lagu asal dan bukannya maklumat versi atau artis tambahan. Sebagai contoh, tajuk Good Riddance (Time of your Life) oleh Green Day mengandungi tanda kurungan kerana teks tersebut adalah sebahagian daripada tajuk asal lagu itu, bukannya maklumat versi atau artis tambahan.

    Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?

    Di bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?", anda boleh memilih untuk menambah artis yang ditampilkan, remixer, atau artis utama tambahan pada tajuk lagu.

    Untuk single, anda hanya boleh menambah Remixer atau Artis yang ditampilkan. Jika single anda adalah kolaborasi antara dua artis, sila masukkan kedua-dua nama artis tersebut sebagai kolaborasi di bahagian "Nama artis/kumpulan" pada bahagian atas borang.

    Untuk keluaran dengan lebih daripada satu trek, anda juga boleh menambah "Artis utama tambahan".

    featured_artist_step2.png

    Jika anda perlu menambah lebih daripada seorang artis tambahan pada trek anda, klik butang "Tambah artis yang ditampilkan".

    _featured_artist_step3.png

    Anda boleh memilih peranan Remixer, Artis yang Ditampilkan, atau Artis Utama Tambahan daripada menu lungsur. Selepas memilih peranan, sila masukkan nama artis berkenaan. Seterusnya, pautan profil Spotify, Apple, dan YouTube Music bagi setiap artis tambahan ini boleh dimasukkan di bahagian Pemetaan Artis.

    Tambah maklumat "versi" pada tajuk lagu?

    Di bahagian "Tambah maklumat "versi" pada tajuk lagu?", anda boleh menyatakan sebarang maklumat versi untuk trek tersebut. Maklumat ini perlu diletakkan dalam kurungan. Versi yang biasa digunakan termasuk:

    • Secara langsung
    • Akustik
    • Suntingan Radio
    • Remix
    • Remix [Remixer]
    • Remix [Genre]

    Fail audio

    Di bahagian "Muat naik fail audio anda", pilih fail audio untuk dimuat naik. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai jenis fail audio yang diterima.

    Tambah Dolby Atmos/Audio ruang

    Di bahagian "Tambah Dolby Atmos/Audio ruang", anda boleh muat naik adunan Dolby Atmos / Audio Ruang trek anda. Jika anda tidak pasti mengenai fungsi ini, lihat artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai Dolby Atmos dan artikel ini untuk mengetahui cara menghasilkan adunan Dolby Atmos anda sendiri.

    Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula

    Di bahagian "Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula", anda perlu menyatakan sama ada lagu tersebut merupakan lagu asal atau lagu nyanyian semula.

    Nama sebenar pencipta lagu

    Di bahagian "Nama sebenar pencipta lagu", anda perlu menyenaraikan nama sebenar pencipta lagu bagi lagu asal. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang cara memasukkan nama pencipta lagu.

    Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula

    Jika anda telah menyatakan bahawa trek anda ialah lagu nyanyian semula, anda perlu menyemak maklumat pelesenan lagu nyanyian semula tersebut, menambah nama artis asal dan tajuk lagu asal, serta secara pilihan, tambah nama pencipta lagu asal. Anda juga perlu mengesahkan bahawa trek tersebut tidak mengandungi sebarang sampel atau remix daripada rakaman artis lain.

    Lirik eksplisit

    Jika keluaran anda mengandungi lirik eksplisit, anda perlu menyatakannya di bahagian "Lirik eksplisit".

    Adakah ini "suntingan radio"?

    Jika trek ditandakan sebagai bebas lirik eksplisit, gunakan bahagian "Adakah ini "suntingan radio"?" untuk menyatakan sama ada lagu tersebut sedia bersih sejak awal, atau merupakan versi tapis (ditapis daripada versi asal yang eksplisit).

    Instrumental?

    Sila tentukan sama ada lagu anda mengandungi lirik atau berbentuk instrumental di bahagian "Instrumental?".

    Apple Digital Master?

    Di bahagian "Apple Digital Master?", anda boleh menyatakan sama ada keluaran anda telah melalui proses mastering di studio yang diperakui oleh Apple Digital Masters. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.

    Masa mula klip pratonton

    Di bahagian "Masa mula klip pratonton", anda boleh memilih bahagian lagu yang ingin dijadikan pratonton di platform. Pilih "Saya tentukan" untuk menetapkan penanda masa (timestamp) bagi klip yang akan dipaparkan di TikTok, Apple Music dan iTunes.

    Perhatian: Ciri suntingan masa klip pratonton hanya tersedia untuk trek yang berdurasi lebih daripada 1:16.

    Harga Trek

    Jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau ke atas, anda boleh menetapkan harga trek di iTunes dan Amazon di bahagian "Harga Trek". Pilihan harga strandard yang sedia ada ialah $0.69, $0.99 atau $1.29. Wakau bagaimanapun, trek yang berdurasi melebihi 10 minit akan ditetapkan pada harga yang lebih tinggi.

    Go to article
  • Menetapkan Tarikh Keluaran Masa Depan

    Anda boleh menetapkan tarikh keluaran masa hadapan tersuai untuk muat naik jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul. Untuk menetapkan tarikh keluaran masa hadapan, gunakan pemilih tarikh gaya kalendar di bawah bahagian "Tarikh keluaran" dalam borang muat naik.

    Apabila tarikh pada masa hadapan dipilih, anda boleh juga menetapkan masa keluaran khusus untuk penyiaran muat naik anda di Spotify. Untuk semua perkhidmatan lain, keluaran anda akan disiarkan pada hari keluaran sekitar tengah malam mengikut zon waktu pendengar anda.

    Jika anda sudah mempunyai akaun DistroKid dan mahu menaik taraf untuk mengakses ciri ini (dan banyak lagi), daftar masuk ke DistroKid dan klik "Peningkatan" melalui palang navigasi di atas.

    Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang tarikh keluaran tersuai.

     

    Cara Menetapkan Tarikh Keluaran Masa Hadapan

    Ini cara untuk menetapkan tarikh keluaran masa hadapan pada borang muat naik:

    1. Pergi ke borang muat naik di https://distrokid.com/new
    2. Tatal ke bawah ke bahagian "Tarikh Keluaran"
    3. Klik pada menu ke bawah yang mengandungi tarikh
    4. Pilih tarikh keluaran yang anda inginkan menggunakan pemilih tarikh gaya kalendar

    Penetapan Masa Keluaran di Spotify

    Apabila menetapkan tarikh keluaran masa hadapan, anda boleh juga menetapkan masa khusus untuk penyiaran keluaran anda dalam Spotify pada tarikh keluaran itu. Untuk menetapkan masa keluaran, guna pemilih masa di bawah bahagian "Masa Keluaran" pada borang muat naik. Pilihan ini hanya tersedia selepas anda memilih tarikh keluaran masa hadapan untuk muat naik anda.

    Selepas anda memilih tarikh keluaran masa hadapan, anda boleh menetapkan sama ada keluaran anda akan disiarkan di Spotify pada masa yang dipilih mengikut zon waktu tempatan pendengar atau secara serentak di semua kawasan. Pilihan ini boleh didapati di bahagian "Penyelarasan waktu" pada borang muat naik. Jika anda memilih pilihan serentak, keluaran akan dilancarkan mengikut masa yang anda pilih pada zon waktu New York (EST) untuk semua kawasan.

    Go to article
  • Menetapkan prapesanan untuk muzik anda

    Dengan DistroKid, anda boleh menetapkan tempoh prapesanan untuk keluaran anda di iTunes, Amazon, Qobuz, dan Beatport (jika anda mempunyai Ekstra Album Beatport). Menetapkan tempoh prapesanan membolehkan peminat membeli keluaran anda terlebih dahulu sebelum tarikh keluarannya. Ambil perhatian bahawa prapesanan tidak tersedia di platform dan perkhidmatan penstriman lain pada masa ini.

    Untuk menetapkan tempoh prapesanan, anda perlu menetapkan tarikh keluaran sekurang-kurangnya 5 hari ke hadapan (Pelan Pemuzik Plus atau Terunggul diperlukan) di borang muat naik DistroKid. Selepas anda memilih tarikh keluaran masa hadapan, anda akan lihat bahagian "Pesanan awal?". Klik "Ya", dan masukkan tarikh mula prapesanan.

    Itu sahaja! Teruskan muat naik seperti biasa, dan maklumat tarikh prapesanan anda akan dihantar ke iTunes, Amazon, Qobuz, dan Beatport (jika berkenaan).

    Go to article
  • Apakah Ekstra Album?

    Ekstra Album ialah tambahan tidak wajib yang anda boleh pilih untuk sebarang muat naik anda. Walaupun tidak wajib untuk pengedaran stor (kecuali untuk lesen nyanyian semula), ia boleh membuatkan muzik anda lebih mudah untuk dicapai oleh peminat.

    Ekstra Album boleh dipilih dalam borang muat naik semasa proses muat naik, atau melalui halaman "Muzik Saya" anda selepas proses muat naik.

    Sesetengah Ekstra Album ialah pembayaran sekali sahaja, manakala yang lain ialah langganan, sama seperti langganan keahlian kami.

     

    Ekstra Album yang Tersedia

    Pek Penemuan: $0.99 setiap lagu, setahun
    Pek Penemuan menambah keluaran anda pada pangkalan data global yang digunakan oleh orang ramai untuk memadankan muzik dengan maklumat artis. Ini termasuk pengecaman dalam berjuta-juta kereta melalui Gracenote, serta pendaftaran dengan SoundScan yang digunakan untuk carta Billboard. Pek Penemuan menambah keluaran anda ke platform berdasarkan penemuan seperti ACRCloud, Jaxsta, Gracenote, dan Luminate.

    Pemaksimum Stor: $7.95 setiap album, setahun
    Pemaksimum Stor secara automatik akan menghantar keluaran anda ke stor dalam talian dan perkhidmatan penstriman baru semasa kami menambahkannya pada rangkaian pengedaran kami. Kami akan selalu memaklumkan anda sebelum Pemaksimum Stor menambah muzik anda pada perkhidmatan baru.

    Pek Media Sosial: $4.95 setiap single, setahun ATAU $14.95 setiap album, setahun, + 20% hasil iklan
    Dengan Pek Media Sosial, anda akan terima notifikasi dan bayaran jika muzik anda digunakan dalam sebarang video YouTube atau TikTok. Kami akan tambah trek anda pada pangkalan data YouTube dan TikTok, serta sentiasa mengimbas untuk padanan. Apabila muzik anda dikesan dalam sebarang video YouTube, anda akan diberitahu—dan hasil iklan akan diberikan kepada anda secara automatik, bukan kepada individu yang memuat naik video tersebut.

    Beatport: $9.99 sebulan

    Langganan Ekstra Album Beatport membolehkan keluaran anda dihantar tanpa had ke Beatport, stor dalam talian terkenal khasnya untuk muzik elektronik. Ambil perhatian bahawa muzik anda mesti mempunyai genre dan subgenre Elektronik untuk dihantar ke Beatport.

    Audiomack: percuma! (Akaun Audiomack Diperlukan)

    Sambungkan akaun DistroKid anda kepada akaun Audiomack anda di sini untuk membolehkan penghantaran percuma bagi muzik anda ke perkhidmatan mereka.

    Pelesenan Lagu Nyanyian Semula: $12 setiap lagu nyanyian semula, setahun

    Lesen lagu nyanyian semula diperlukan untuk setiap lagu nyanyian semula yang dimuat naik ke DistroKid. Lesen nyanyian semula berharga $12 untuk setiap lagu nyanyian semula, setahun. Untuk maklumat lanjut tentang lesen nyanyian semula DistroKid, sila lihat artikel FAQ di sini: https://support.distrokid.com/hc/ms/articles/360013648953  

    Tinggalkan Legasi: $29.00 setiap single, $49.00 setiap album dengan 2+ trek (bayaran tidak berulang)

    Pilih ekstra Tinggalkan Legasi untuk menghalang pembuangan keluaran anda yang disebabkan oleh pembayaran keahlian yang luput, seperti kad kredit yang ditolak.

    Selain itu, keluaran dengan ekstra Tinggalkan Legasi akan kekal tersedia dalam stor dan perkhidmatan penstriman walaupun selepas pembatalan akaun.

    Menambah Tinggalkan Legasi pada keluaran tidak menggantikan bayaran keahlian tahunan anda jika anda mempunyai langganan aktif. Ia juga bukan bayaran sekali sahaja untuk semua keluaran; setiap keluaran perlukan ekstra ini jika anda ingin membatalkan langganan anda dan mengekalkan semua keluaran anda dalam stor dan perkhidmatan penstriman.

    Dolby Atmos: $26.99 setiap trek (bayaran tidak berulang)

    Apabila dipilih untuk suatu trek, ekstra Dolby Atmos menandakan trek tersebut sebagai tersedia untuk pendengaran audio ruang pada peranti dan perkhidmatan penstriman yang disokong termasuk Apple Music, Tidal dan Amazon.

    Sila ambil perhatian bahawa trek mesti melalui mixing yang betul untuk Dolby Atmos apabila memilih ekstra ini. Kami akan periksa fail audio anda, dan jika ia tidak sah untuk Dolby Atmos, caj takkan dikenakan pada anda.

    Penormalan Kelantangan: $2.99 setiap trek, bayaran sekali (tidak berulang)

    Apabila anda memilih ekstra Penormalan Kelantangan, DistroKid secara automatik akan melaraskan tahap dan ruang atas audio anda mengikut tetapan yang disyorkan oleh Spotify: -14dB LUFS bersepadu dengan -1dB maksimum puncak sebenar. Audio anda yang baru diselaraskan akan dihantar ke semua perkhidmatan penstriman yang anda telah pilih.

    Go to article
  • Bagaimanakah Saya Boleh Memuat Naik Keluaran ke DistroKid?
    SANGAT mudah untuk memuat naik muzik anda ke DistroKid!

    Untuk bermula, pergi ke borang muat naik DistroKid:
    http://www.distrokid.com/new

    Dari sana kami akan membimbing anda dalam semua perkara yang anda perlu lakukan!

    Jika anda ada sebarang soalan khusus, sila lihat artikel ini untuk huraian bagi setiap bahagian dalam borang muat naik dan artikel yang berkaitan:

     

    https://support.distrokid.com/hc/ms/articles/4407879306643

    Go to article
Lihat semua 21 artikel

Butiran Pemformatan Lihat semua 25 artikel

  • Apakah Format Fail Audio Yang Saya Boleh Muat Naik?

    Fail audio sepatutnya WAV, MP3, M4A, FLAC, AIFF atau Windows Media (WMA).

    Jika anda menghantar WAV, WAV 16-bit, 44.1 kHz adalah yang tipikal tapi apa saja pun sesuai.

    Saiz maksimum yang DistroKid akan terima adalah 1 GB. Jika anda mempunyai trek yang lebih besar daripada itu, pertimbangkan untuk menukarnya kepada format FLAC sebelum memuat naik ke DistroKid. FLAC ialah format tidak hilang yang cantik (kualiti audio yang sama dengan WAV) tapi fail FLAC agak kecil.

    Trek yang dimuat naik ke DistroKid mesti mempunyai tempoh di bawah 5 jam (300 minit), dan jumlah trek dalam album tidak boleh melebihi 10 jam (600 minit). Selain itu, album tidak boleh mengandungi lagu dengan purata tempoh trek yang kurang daripada 60 saat.

     

    Sila lihat di sini untuk maklumat khusus tentang muat naik melalui iOS:
    https://support.distrokid.com/hc/ms/articles/1500006315162

    Go to article
  • Apakah Keperluan untuk Karya Seni Album?

    Karya seni patut berada dalam format fail .jpg. Saiz minimum yang diperlukan untuk seni album ialah 1000x1000 piksel. Sebaik-baiknya, seni album hendaklah segi empat sama sempurna dan 3000x3000 piksel. Jika karya seni anda lebih kecil atau segi empat tepat, kami akan membetulkannya secara automatik untuk anda--tapi ada risikonya versi tetap kami takkan kelihatan seperti yang anda mahu.

    Sila pastikan juga karya seni anda berada dalam ruang warna RGB. Biasanya anda tidak perlu memikirkannya -- setiap kamera digital dan program perapi gambar (seperti Photoshop) lalai kepada RGB. Jadi anda tak perlu risau.

    Walau bagaimanapun, kadangkala atas sebab tertentu, anda mungkin telah menyimpan karya seni dalam ruang warna CMYK atau Skala Kelabu, dan DistroKid menyatakan ralat. Jika ini berlaku kepada anda, simpan semula karya seni anda dalam format RGB.

    Jika anda menggunakan Photoshop, klik di sini untuk melihat caranya. Jika anda tak mempunyai Photoshop, memuat naik dan menyimpan semula fail anda dengan penyunting Pixlr akan menukarnya kepada RGB secara automatik.

    Perkhidmatan penstriman akan menolak karya seni yang mengandungi

      • Alamat laman web (URL)
      • Nama halaman dalam platform X
      • Istilah 'Eksklusif' atau 'Edisi Terhad'
      • Sebarang imej yang kabur, dengan piksel yang boleh dilihat, diputar atau berkualiti rendah
      • Fotografi tidak berlesen/stok
      • Harga
      • Logo perkhidmatan penstriman (seperti iTunes atau Spotify)
      • Kebogelan
      • Benda jijik
      • Rujukan kepada media fizikal (contohnya: "CD" atau "Cakera Padat"

     

    Serta, sila jangan guna karya seni yang sama untuk berbilang album. Seni album yang berganda mungkin ditolak.

    Go to article
  • Bolehkah Saya Memuat Naik Lagu/Album/Nama Artis dalam Huruf Besar atau Huruf Kecil Sepenuhnya?

    Ya! Anda boleh menggunakan huruf besar/penggayaan yang anda mahu untuk nama artis anda, gelaran dan sebagainya.

    Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menggunakan huruf besar bukan standard pada keluaran, anda mungkin akan melihat amaran ini dalam borang muat naik.

    checkbox_capitalization.png

     

    Ini kerana sesetengah perkhidmatan penstriman tidak menyukainya, dan mungkin lalai kepada penggunaan huruf besar standard, mengikut panduan gaya mereka. Jika perkhidmatan tidak membenarkan penggunaan huruf besar bukan standard, kami mungkin tidak boleh meminta penyuntingan.

    Go to article
  • Memahami Peranan Artis

    Peranan artis ialah pengenal pasti yang anda boleh guna untuk menunjukkan kepada perkhidmatan peranan yang dimainkan oleh seseorang artis dalam penciptaan atau persembahan sesuatu keluaran. Peranan boleh ditetapkan pada peringkat trek atau peringkat album. Perkhidmatan menerima peranan artis yang berikut daripada DistroKid:

     

    Artis Album

    Artis Album atau "penghibur" ialah artis utama pada peringkat album. Contohnya, dalam album Kendrick Lamar, DAMN., "Kendrick Lamar" ialah Artis Album untuk album ini.

    Jika anda mempunyai beberapa lagu dengan berbilang artis dalam keluaran anda, tetapi kebanyakannya adalah oleh seorang artis, sila senaraikan artis yang akan muncul pada setiap trek sahaja dalam Medan "Nama artis/kumpulan". Ini akan menyatakan Artis Album anda untuk keluaran tersebut. Untuk trek individu dengan lebih daripada satu artis, anda akan senaraikan artis tambahan (Ditampilkan, Tukang Remix, Artis Primer Tambahan) pada peringkat trek.

    Artis Primer

    Artis primer ialah artis utama pada peringkat trek. Trek boleh menyertakan Artis Album dan kolaborator tambahan lain yang mendapat penghargaan sebagai artis primer. Contohnya, dalam album Moore Kismet Vendetta for Cupid, Moore Kismet ialah Artis Album. Pada trek Rumor, WYN dan Moore Kismet ialah Artis Primer, maksudnya trek tersebut satu kolaborasi.

    Artis yang ditampilkan

    Artis yang ditampilkan adalah sebarang artis yang membantu dalam persembahan trek tetapi bukan pada peringkat penting seperti artis primer. Artis yang ditampilkan biasanya tampil untuk serangkap atau sebagai vokalis dalam trek. Contohnya, untuk SOS (feat. Aloe Blacc) oleh Avicii, "Aloe Blacc" yang menyanyi dalam trek, ialah artis yang ditampilkan untuk trek ini, manakala "Avicii" ialah Artis Primer dan Artis Album.

    Tukang remix

    Tukang remix ialah artis yang menghasilkan remix dengan karya asal. Contohnya, dalam Love That Never (IMANU Remix) oleh TOKiMONSTA, "IMANU" ialah tukang remix, manakala "TOKiMONSTA" kekal sebagai artis primer bagi lagu asal.

    Producer

    Peranan producer telah menjadi lebih berbagai-bagai baru-baru ini, tapi dalam Spotify, kredit producer disenaraikan di bawah butiran trek. Sebagai contoh, dalam lagu Buddy Holly oleh Weezer, "Ric Ocasek" diberi penghargaan sebagai producer. Untuk melihat kredit producer dalam Spotify, klik kanan pada lagu dalam aplikasi meja (desktop) dan pilih "Tunjukkan Kredit".

    artists_roles.png

    Go to article
  • Memuat naik Kolaborasi Antara Pelbagai Artis

    Anda boleh memuat naik kolaborasi pada peringkat album dan trek dengan DistroKid.

    Kolaborasi peringkat album ialah keluaran yang memberikan kredit kepada artis kolaborasi yang sama dalam semua trek. Kolaborasi peringkat trek ialah trek individu yang sebahagian daripada keluaran lebih besar yang memberikan kredit kepada pelbagai artis.

    Bagi kolaborasi peringkat album, pastikan anda memasukkan nama kolaborasi dalam bahagian "Nama artis/kumpulan" pada borang muat naik. Bagi kolaborasi peringkat trek, guna bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?" dalam maklumat trek pada borang muat naik atau selepas memuat naik dengan menambah artis primer tambahan.

     

    Memuat naik Kolaborasi Peringkat Album

    Jika anda mempunyai album atau single dengan pelbagai artis utama, anda boleh menyenaraikan mereka dalam bahagian "Nama artis/kumpulan" pada borang muat naik menggunakan simbol ampersan (&), huruf "X," atau perkataan "dan" untuk menyatakan kolaborasi. Anda juga boleh menggunakan koma untuk kolaborasi antara tiga orang.

    Sebagai contoh, bagi kolaborasi antara Moore Kismet, Pauline Herr, dan Rezz, anda boleh memasukkan salah satu daripada yang berikut untuk menunjukkan bahawa mereka semua ialah artis utama bagi seluruh album:

    Moore Kismet, Pauline Herr & Rezz

    Moore Kismet x Pauline Herr x Rezz

    Moore Kismet, Pauline Herr, dan Rezz
     

    Jika anda memuat naik single, anda mesti tambah rakan usaha sama anda pada peringkat album dan bukan pada peringkat trek. Selain itu, ambil perhatian bahawa kolaborasi di peringkat album memerlukan slot artis, walaupun salah seorang daripada artis itu sudah digunakan dalam akaun anda. Jika anda memerlukan lebih banyak slot artis, anda boleh meningkatkan taraf akaun anda.

    Memuat Naik Kolaborasi Peringkat Trek

    Jika keluaran anda mengandungi lebih daripada satu trek, maksudnya salah satu trek atau lebih daripada satu trek mungkin mempunyai artis primer tambahan. Sila ambil perhatian bahawa kolaborasi peringkat trek tidak boleh dilakukan untuk single – single sebagai suatu kolaborasi mesti ditetapkan pada peringkat "album". Selain itu, jika setiap trek dalam suatu keluaran adalah suatu kolaborasi antara artis-artis primer yang sama, maksudnya kredit bagi kolaborasi tersebut mesti dilakukan pada peringkat album juga.

     

    Menambah Artis Primer Tambahan Semasa Memuat Naik


     

    Jika ada lagu individu dalam keluaran anda yang melibatkan pelbagai artis primer, anda boleh menyenaraikan kolaborator tersebut dalam lagu individu itu menggunakan bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?" dalam maklumat trek pada borang muat naik. Langkah ini perlu dilakukan selepas memasukkan nama artis utama bagi seluruh album dalam bahagian "Nama artis/kumpulan" pada borang muat naik.

    Anda akan melihat satu bahagian di bawah "Tajuk lagu" untuk trek yang menyatakan "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?". Untuk menambah kolaborator pada trek tersebut, pilih "Ya, tambah artis yang ditampilkan pada tajuk trek (sila tetapkan...)," dan anda akan diberikan menu ke bawah untuk memilih peranan artis tersebut: Artis yang Ditampilkan, Artis Primer Tambahan, atau Tukang Remix. Untuk maklumat lanjut tentang peranan artis, lihat artikel ini.

    Selepas anda memilih peranan, anda boleh memasukkan nama artis bagi kolaborator anda dalam medan input di sebelah kanan. Anda boleh juga menambah kolaborator tambahan dengan mengklik "+ Tambah satu lagi artis yang ditampilkan."

     

    Menambah Artis Primer Tambahan Selepas Memuat Naik

    Untuk menambah atau menyunting artis primer bagi trek yang sudah dimuat naik, pergi ke halaman album melalui papan pemuka DistroKid anda dan klik "Sunting keluaran."

    Mula-mula, pilih "Ya, tambah artis yang ditampilkan pada tajuk trek (sila tetapkan...)". Kemudian, klik "Tambah satu lagi artis yang ditampilkan" dan pilih "Artis primer tambahan" daripada menu ke bawah. Akhir sekali, masukkan nama artis untuk artis primer tambahan itu.

    Selepas artis primer tambahan dimasukkan, klik "Serahkan permintaan suntingan" di bahagian bawah halaman suntingan. Biasanya perkhidmatan penstriman mengendalikan suntingan sebegini dalam beberapa hari, tetapi kemas kini metadata seperti ini boleh mengambil 1-2 minggu untuk dipaparkan dalam semua perkhidmatan.

    Go to article
  • Menambah Artis yang Ditampilkan pada Trek

    Artis yang ditampilkan boleh ditambah pada trek semasa proses memuat naik di bawah bahagian "Trek" pada borang muat naik, atau selepas memuat naik melalui permintaan untuk menyunting yang diserahkan melalui halaman album.

    Menambah artis yang ditampilkan tidak memerlukan sebarang slot artis tambahan pada akaun DistroKid anda.

    Sila ambil perhatian bahawa jika artis yang ditampilkan adalah artis yang sama dalam semua trek pada album berbilang trek, perkhidmatan penstriman memerlukan mereka untuk disenaraikan sebagai artis Primer.

     

    Menambah Artis yang Ditampilkan Semasa Muat Naik

    Untuk menambah artis yang ditampilkan pada trek dalam borang muat naik, pilih "Ya, tambah artis yang ditampilkan pada tajuk trek (sila tetapkan...)" di bawah bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?".

    Kemudian, masukkan nama artis yang ditampilkan.

    Anda akan mendapat peluang untuk memasukkan halaman Spotify, Apple Music dan YouTube Music sedia ada milik artis yang ditampilkan itu dalam bahagian "Pemetaan Artis" yang berada di bahagian bawah borang muat naik.

    Menambah Artis yang Ditampilkan Selepas Muat Naik

    Untuk menambah atau menyunting artis yang ditampilkan pada trek sedia ada, layari halaman album melalui papan pemuka DistroKid dan klik "Sunting keluaran".

    Pada bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?", pilih "Ya, tambah artis yang ditampilkan pada tajuk trek (sila tetapkan...)". Pilih "Artis yang ditampilkan" daripada menu lungsur, dan masukkan maklumat artis tersebut.

    Setelah selesai, klik "Serahkan permintaan suntingan" di bawah halaman. Platform penstriman biasanya memproses suntingan seperti ini dalam beberapa hari, namun kemas kini metadata mungkin mengambil masa 1-2 minggu untuk dipaparkan sepenuhnya.

    Go to article
Lihat semua 25 artikel

Membuat Suntingan Lihat semua 16 artikel

  • Menyunting Keluaran Selepas Muat Naik

    Anda boleh menyunting keluaran selepas ia disiarkan. Pergi ke halaman album di DistroKid, klik “Sunting Keluaran”, lakukan perubahan yang diperlukan, kemudian klik “Serahkan Permintaan Suntingan” di bawah.

    Kebanyakan perkhidmatan akan memproses suntingan dalam tempoh beberapa hari, namun perubahan mungkin mengambil masa sehingga 1–2 minggu untuk dipaparkan sepenuhnya di semua platform.

    Penting: Platform penstriman tidak membenarkan anda memuat naik sesuatu keluaran, memadamkannya, dan memuat naik semula dengan metadata yang berbeza (seperti nama artis atau tajuk baharu). Oleh itu, adalah lebih baik untuk menghantar permohonan suntingan semasa keluaran anda masih aktif.

     

    Perkara yang Boleh Disunting

    Pilihan suntingan bergantung pada keluaran dan jenis pelan anda. Berikut adalah antara perubahan yang boleh dilakukan:

    • Tukar fail audio (hanya untuk pelan Terunggul di https://distrokid.com/audioswap. Maklumat lanjut di sini.)
    • Nama artis/kumpulan (maklumat lanjut)
    • Kolaborasi (tambah atau buang, di peringkat album atau trek)
    • Tajuk album
    • Label rakaman
    • Tarikh keluaran
    • Status dan tarikh mula prapesan
    • Karya seni album
    • Tajuk lagu
    • Maklumat versi lagu
    • Penandaan lirik eksplisit
    • Masa mula klip pratonton
    • Padam keluaran daripada stor

    Perlu menukar nama artis anda sepenuhnya? Rujuk artikel ini.

    Perlu mengalih keluar keluaran anda daripada stor tertentu, negara tertentu, atau menukar genre? Hubungi pasukan sokongan kami dan kami sedia membantu.

    Perkara yang Tidak Boleh Disunting

    Berikut adalah perkara yang tidak boleh diubah melalui halaman suntingan:

    • Susunan/senarai trek
    • Bahasa keluaran
    • Ekstra Album (tidak boleh dialih keluar)
    • Genre
    • ISRC

    Untuk mengubah perkara di atas, anda perlu memadam keluaran tersebut dan memuat naik semula versi yang telah dibetulkan. Maklumat lanjut di sini.

    Tempoh Masa Diambil

    Kebanyakan perkhidmatan akan memproses permintaan suntingan dalam masa beberapa hari. Untuk perubahan dipaparkan sepenuhnya di semua platform, jangkakan tempoh sekitar 1–2 minggu.

    Keseluruhan proses dari mula hingga selesai biasanya mengambil masa 1–3 minggu, kecuali bagi penjenamaan semula nama artis, yang boleh mengambil masa sehingga beberapa bulan.

    Setelah permohonan dihantar, ia tidak boleh dipercepatkan atau dibatalkan. Anda juga tidak boleh menghantar permintaan suntingan baharu sehingga permintaan sedia ada diluluskan.

    Go to article
  • Nama artis atau tajuk album/trek saya tidak menggunakan huruf besar yang betul, apa boleh saya buat?

    Semasa memuat naik ke DistroKid, anda boleh memasukkan nama artis serta tajuk album/trek mengikut gaya huruf besar yang anda inginkan di platform penstriman. Sebagai contoh, anda mungkin mahu nama DistroKid kekal begitu, atau ditulis sebagai distrokid. Pilihan di tangan anda!

    Jika format huruf besar nama artis atau tajuk album/trek anda tidak betul di platform penstriman, kami boleh bantu membetulkannya. Mula-mula, log masuk ke akaun DistroKid anda dan pergi ke papan pemuka untuk menyemak keluaran artis berkenaan. Jika format huruf besar dalam akaun anda juga tidak betul, anda perlu menghantar permintaan suntingan di DistroKid. Selepas permintaan dihantar, platform penstriman biasanya memprosesnya dalam masa beberapa hari, namun ia boleh mengambil masa 1-2 minggu untuk dikemas kini di semua platform. Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut tentang cara menghantar permintaan suntingan.

    Jika format huruf besar nama artis atau tajuk album/trek anda tidak betul di platform penstriman tetapi kelihatan betul dalam akaun DistroKid anda, sila hubungi pasukan sokongan kami. Kami akan membantu memastikan nama artis tersebut dibetulkan di platform penstriman!

    Go to article
  • Bolehkah Saya Mengubah Tajuk Lagu atau Trek Keluaran Saya?

    Anda boleh menghantar permintaan suntingan untuk mengubah tajuk lagu atau trek selepas proses muat naik selesai.

    Untuk menghantar permintaan suntingan, layari halaman album anda melalui papan pemuka DistroKid dan klik "Sunting Keluaran". Anda akan dibawa ke halaman suntingan keluaran tersebut.

    Anda boleh melakukan pelbagai jenis suntingan bagi keluaran tersebut melalui halaman ini. Setelah selesai mengemas kini keluaran, klik "Hantar Permintaan Suntingan" di bahagian bawah halaman.

    Sila ambil maklum bahawa permintaan suntingan tidak boleh dihantar sekiranya sudah terdapat permintaan suntingan yang masih belum diproses bagi keluaran tersebut, jika keluaran tersebut sedang diproses, atau jika ia telah ditolak. Perkhidmatan penstriman biasanya memproses permintaan suntingan dalam masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kemas kini metadata hasil daripada suntingan mungkin mengambil masa sehingga 1–2 minggu untuk dipaparkan di semua platform.

    Go to article
  • Saya Ingin Menghantar Suntingan atau Memadam Keluaran Saya, Tetapi Tertera "Permintaan Suntingan Sedia Ada Sedang Menunggu Semakan"

    Proses semakan dan penghantaran suntingan ke platform penstriman mengambil masa sekitar seminggu, manakala pihak platform memerlukan seminggu lagi untuk memproses suntingan tersebut. Secara keseluruhan, proses suntingan ini boleh mengambil masa antara 2-3 minggu.

    Sementara permintaan suntingan masih dalam proses semakan, anda tidak boleh menghantar permintaan tambahan atau memadam keluaran tersebut. Anda boleh berbuat demikian setelah permintaan awal tersebut selesai diproses.

    Go to article
  • Audio Swap: Gantikan Audio Anda Tanpa Mengubah Maklumat Lagu

    Audio Swap membolehkan anda menggantikan fail audio bagi lagu yang telah dikeluarkan. Statistik, kedudukan senarai main, pembahagian pendapatan, dan metadata anda akan kekal sama. Sangat berguna jika anda tersalah muat naik versi mix atau master (kami juga pernah mengalaminya).

    Nota: Audio Swap hanya tersedia untuk pelan Terunggul.

    Apa yang Boleh Ditukar

    Audio Swap sesuai untuk pembetulan kecil dan penambahbaikan mastering. Contohnya:

    • Menghapuskan bunyi klik/pop atau de-essing
    • Pengimbangan volume
    • Pengurangan hingar
    • Versi master yang dikemas kini

    Apa yang Tidak Boleh Ditukar

    Jika fail baharu anda melibatkan perubahan kreatif yang ketara, Audio Swap bukanlah alatan yang sesuai. Anda tidak boleh menggunakannya untuk:

    • Lagu remix, versi alternatif, atau rakaman baharu
    • Struktur trek yang diubah (intro baharu, outro yang dipanjangkan, dan sebagainya.)
    • Elemen produksi baharu (penambahan instrumen, efek vokal yang diubah, dan sebagainya.)

    Jika anda menghantar fail yang tidak memenuhi syarat, kami akan maklumkan kepada anda.

    Cara Menggunakannya

    1. Layari https://distrokid.com/audioswap (atau akses melalui Features → Membantu apabila diperlukan → Audio Swap)
    2. Pilih keluaran anda daripada menu lungsur pertama
    3. Pilih lagu daripada menu lungsur kedua
    4. Klik "Pilih fail audio" dan pilih fail baharu anda
    5. Klik "Tukar fail audio"

    Selesai. Fail baharu anda akan tersedia di stor dalam masa beberapa hari.

    Go to article
  • Bolehkah Saya Menukar Nama Artis Saya?

    Ya!

    Anda boleh menukar (menjenamakan semula) nama artis anda di semua platform. Pergi ke halaman keluaran anda di DistroKid, klik “Sunting Keluaran” dan kemas kini nama anda. Anda juga boleh mengemas kini semua keluaran anda secara serentak melalui satu permintaan suntingan.

    Sebelum anda meneruskan, sila baca maklumat di bawah dengan teliti. Menjenamakan semula nama artis merupakan satu langkah yang besar, dan terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu.

    Jika anda telah menghantar permintaan pertukaran nama dan telah dikemas kini di semua platform kecuali Apple Music/iTunes, sila hubungi pasukan sokongan kami. Kami boleh membantu menyelesaikan perkara tersebut dengan pihak Apple.

     

    Perkara yang Perlu Diketahui Sebelum Menjenamakan Semula

    • Keluaran anda perlu disiarkan.

      Platform tidak membenarkan anda memuat naik semula keluaran dengan nama artis yang berbeza. Oleh itu, jika anda memadam muzik untuk tujuan menjenamakan semula, anda perlu memuat naik semula menggunakan nama asal terlebih dahulu, kemudian hantar permintaan suntingan selepas keluaran tersebut kembali tersedia di platform.  
    • Kemas kini keseluruhan diskografi anda.

      Apabila anda menjenamakan semula, semua keluaran anda perlu memaparkan nama baharu tersebut. Jika sebahagian keluaran menggunakan nama lama dan sebahagian lagi menggunakan nama baharu, platform mungkin akan menyembunyikan keluaran yang dianggap mempunyai maklumat yang bercanggah.

      Cara paling mudah: gunakan kotak semak “Kemas kini semua keluaran [Nama Artis] saya untuk menggunakan nama artis baharu” pada halaman suntingan. Buat masa ini, ciri ini hanya berfungsi untuk keluaran yang mempunyai satu artis utama sahaja (bukan kolaborasi).  
    • Pengikut dan pendengar bulanan tidak akan dipindahkan ke halaman baharu.

      Kebanyakan platform akan mencipta halaman artis baharu sepenuhnya dan bukannya menukar nama pada halaman sedia ada. Kami tidak boleh meminta mereka mengekalkan halaman sedia ada tersebut. Ini bermaksud anda mungkin perlu mengumpul semula pengikut dan pendengar bulanan di halaman baharu tersebut.  
    • Kiraan strim dan senarai main sepatutnya akan kekal.

      Jika anda menyunting metadata melalui ciri suntingan kami (yang tidak mengubah ISRC), kiraan strim dan kedudukan senarai main akan dikekalkan. Namun, perkara ini bergantung pada platform, bukannya kami.
       
    • Proses ini mengambil masa.

      Permintaan menjenamakan semula akan diproses serta-merta, tetapi kemas kini tidak dilakukan secara automatik sepenuhnya. Platform penstriman memproses permintaan secara manual. Biasanya, tempoh beberapa minggu diperlukan untuk kemas kini selesai sepenuhnya.  
    • Keluaran anda mungkin tersalah paut ke halaman artis lain.

      Jika nama baharu anda serupa atau hampir sama dengan artis sedia ada, platform mungkin memautkan muzik anda pada halaman artis tersebut. Jika ini berlaku, layari https://www.distrokid.com/fixer untuk meminta halaman artis yang baharu.
       
    • Tiada cara pantas untuk berpatah balik.

      Jika anda telah menukar nama dan ingin kembali kepada nama asal, anda perlu menghantar permohonan lain untuk pertukaran nama. Sebarang kesan daripada perubahan pertama (seperti kehilangan pengikut atau keluaran yang tersalah paut) tidak dijamin akan diperbetulkan hanya dengan menukar semula nama tersebut.
    Go to article
Lihat semua 16 artikel

Menyelesai masalah Lihat semua 11 artikel

  • Cara Menyemak Status Muat Naik Anda di Papan Pemuka DistroKid

    Papan pemuka DistroKid menyediakan penunjuk mudah untuk menyemak status muat naik anda. Dari papan pemuka DistroKid di https://distrokid.com/mymusic, anda akan nampak bulatan di sebelah kiri kulit album bagi setiap muat naik. Warna bulatan ini menunjukkan status semasanya:

    • Hijau: Keluaran anda telah berjaya diproses dan dihantar ke platform penstriman.
    • Kuning: Keluaran anda sedang diproses atau sedang dihantar ke platform penstriman.
    • Merah: Terdapat ralat pada keluaran anda yang menghalangnya daripada dihantar ke platform penstriman.

    Untuk maklumat lanjut tentang status muat naik, klik keluaran tersebut di papan pemuka DistroKid anda untuk melihat halaman album keluaran itu.

    Jika anda bimbang tentang penghantaran keluaran anda dan ia berstatus "sedang diproses" (kuning), rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut: https://support.distrokid.com/hc/ms/articles/360046009174.

    Jika keluaran anda berstatus "ralat" (merah), anda akan menerima pemberitahuan e-mel tentang isu khusus yang menghalangnya daripada dihantar ke platform. Anda boleh semak e-mel tersebut atau melihat halaman album keluaran berkenaan untuk maklumat lanjut. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan kami.

    Go to article
  • Keluaran Saya Tersekat ketika Memproses

    Adakah keluaran anda kelihatan tersekat ketika memproses dengan bulatan kuning di sebelah album/trek/karya seni anda? Biasanya ini bermaksud masa pemprosesan tambahan diperlukan.

    Ia boleh mengambil beberapa hari untuk album disemak, diluluskan dan dihantar ke perkhidmatan penstriman. Jika penting bagi album anda untuk disiarkan pada tarikh tertentu, klik di sini untuk membaca tentang tarikh pengeluaran. Jika tidak, secara lalai, keluaran anda sepatutnya disiarkan sebaik saja diserap oleh perkhidmatan menurut jadual kasar di bawah.

    • iTunes/Apple Music: 1-7 hari. Sebahagian kecil album disemak secara manual di Apple dan mengambil masa tambahan selama 1-2 minggu.
    • Spotify: 2-5 hari
    • Amazon: 1-2 hari
    • YouTube Music: 1-2 hari.
    • Deezer: 1-2 hari
    • TIDAL: 1-2 hari
    • Facebook/Instagram: 1-2 minggu.
    • TikTok: 1-3 minggu.

    Nota: Kelewatan jarang berlaku, tapi ia boleh berlaku, dan biasanya di luar kawalan langsung DistroKid.

    Pandora mempunyai proses semakan dalam pejabat mereka sendiri untuk memilih kandungan, jadi kami tidak dapat memberikan terlalu banyak maklumat tentang masa yang diambil untuk keluaran ditambahkan kepada stesen Pandora (jika ia ditambahkan). Untuk disertakan ke dalam Pandora Premium (perkhidmatan penstriman hebat Pandora), sila baca INI.

    Bonus: Untuk banyak perkhidmatan penstriman (iTunes, Amazon, YouTube Music, Spotify, banyak lagi) kami akan kesan saat album anda disiarkan secara langsung, dan hantar e-mel kepada anda dengan pautan tersebut!

     

    Sila ambil perhatian: Mendapatkan lesen lagu nyanyian semula boleh mengambil masa sehingga 14 hari perniagaan. Keluaran dengan lagu nyanyian semula akan diserahkan sebaik saja lesen diluluskan oleh Harry Fox Agency (yang mengendalikan lesen nyanyian semula kami).
    Go to article
  • Mengatasi ralat “Saiz fail terlalu kecil” semasa muat naik

    Jika anda menerima notifikasi yang menyatakan fail yang anda muat naik ke DistroKid terlalu kecil dan menyebabkan ralat semasa proses muat naik, masalah ini kemungkinan berkaitan dengan masa tamat sambungan internet atau ketidakstabilan sambungan ketika muat naik dilakukan.

    Jika perkara ini berlaku, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut:

    1. Padam muat naik semasa yang mengandungi trek ralat.
    2. Sila semak sambungan internet anda dan pastikan ia stabil (kami cadangkan guna sambungan berwayar jika boleh).
    3. Muat naik semula keluaran anda dengan sambungan internet yang stabil.

    Anda juga disarankan untuk menyemak sama ada fail audio anda sebenarnya terlalu kecil. Perlu diingat bahawa fail audio yang dimuat naik ke DistroKid hendaklah dalam format WAV, MP3, M4A, FLAC, AIFF, atau Windows Media (WMA). Format WAV 16-bit, 44.1 kHz biasanya digunakan bagi kebanyakan muat naik.

    Go to article
  • Mengurus Keluaran DistroKid yang Ditolak

    Setiap perkhidmatan yang menerima penghantaran daripada DistroKid mempunyai garis panduan khusus tentang cara keluaran diformatkan, dan jenis kandungan yang mereka akan terima.

    Jika muat naik anda ke DistroKid ditolak, anda mungkin perlu memadamkan keluaran tersebut dan memuat naiknya semula selepas membetulkan isu yang dikenal pasti semasa proses semakan. Maklumat tentang sebab penolakan akan disertakan dalam e-mel yang anda terima. Jika anda berpendapat penolakan tersebut berlaku kerana kesilapan, balas sahaja e-mel tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Ambil perhatian bahawa penghapusan dan muat naik semula tidak diperlukan jika perkhidmatan memerlukan pengesahan untuk muat naik anda, atau jika karya seni anda ditolak. Jika ini yang berlaku pada muat naik, anda boleh mengambil tindakan untuk menghantar keluaran anda tanpa menghapus atau memuat naiknya semula.

     

    Keluaran Ditolak untuk Pengesahan

    Jika anda terima permintaan pengesahan untuk muat naik anda, jangan hapuskannya. Untuk maklumat lanjut tentang cara mengesahkan nama artis dalam DistroKid, klik di sini.

     

    Keluaran Ditolak kerana Masalah Karya Seni

    Jika keluaran anda ditolak kerana masalah karya seni, anda boleh menggantikan karya seni pada keluaran sedia ada untuk membuat pembetulan. Di halaman album anda, klik "Ganti Karya Seni" di sebelah kanan bahagian Karya Seni untuk mengemas kini karya seni album anda.

    message_release_Issue.png

     

    Untuk maklumat lanjut tentang keperluan karya seni album, klik di sini.

    Go to article
  • Pengesahan Nama Artis Apabila Diminta oleh DistroKid

    Kadangkala, platform memerlukan artis mengesahkan nama artis mereka. Langkah ini membantu melindungi kandungan anda di DistroKid dan di platform, serta memastikan tiada sesiapa memuat naik muzik atau menggunakan nama artis anda tanpa kebenaran.

    Harap maklum bahawa pengesahan nama artis hanya diperlukan apabila diminta oleh DistroKid – anda tidak perlu menghubungi DistroKid untuk mengesahkan nama artis sebelum itu.

    Untuk mengesahkan nama artis dan memberikan kebenaran untuk penggunaan, artis berkenaan perlu menghubungi kami secara terus dan mengesahkan nama artis itu melalui salah satu pilihan berikut:

    • Jika menggunakan Instagram, hantar Mesej Terus ("DM") kepada @distrokid berserta UPC keluaran untuk pengesahan. Contoh mesej: "Pengesahan untuk UPC [kod UPC]" sudah memadai. Akaun Instagram baharu tidak diterima untuk tujuan pengesahan.
    • Jika menggunakan X, hantar Mesej Terus ("DM") kepada @distrokid berserta UPC keluaran untuk pengesahan. Contoh mesej: "Pengesahan untuk UPC [kod UPC]" sudah memadai. Akaun X baharu tidak diterima untuk tujuan pengesahan.
    • Artis boleh menghantar gambar lesen memandu atau pasport (maklumat peribadi seperti alamat dikaburkan atau ditutup) serta UPC keluaran yang memerlukan pengesahan. 
      Jika nama artis berbeza daripada nama rasmi dalam dokumen pengenalan, artis berkenaan perlu memberikan pautan ke laman web yang boleh mengaitkan nama rasmi tersebut dengan nama artis – pautan laman web yang biasa artis gunakan untuk pengesahan: Facebook, Instagram, YouTube, Bandcamp, SoundCloud, Twitter/X, Wikipedia.
    Go to article
  • Kenapa Fail Saya Sifar Bait?

    Jika anda lihat mesej yang menyatakan "Fail yang anda muat naik ialah sifar bait", ia bermaksud fail audio anda tidak boleh dimainkan. Kadangkala perkara ini berlaku jika anda cuba untuk memuat naik melalui peranti bimbit atau storan awan kerana storan fail dikendalikan secara berbeza berbanding komputer dengan fail yang disimpan secara setempat. Anda perlu menghentikan percubaan sebelum ini dan muat naik semula keluaran anda.

    Jika anda memuat naik muzik anda daripada peranti iOS, anda perlu memastikan anda memilih fail anda daripada pelayar fail iOS. Jika tidak anda akan menghadapi masalah untuk memuat naik kulit album atau fail audio anda, contohnya melihat mesej ralat yang menyatakan "Fail yang anda muat naik ialah sifar bait."

    Bermula daripada papan pemuka DistroKid anda, pilih "Menu", kemudian pilih "Muat naik" untuk pergi ke borang muat naik.


    menu_upload_distrokid.png

    Sebaik saja anda dalam borang muat naik, isi maklumat seperti yang diperlukan. Apabila anda sampai ke bahagian untuk memuat naik karya seni, ketik kotak "Pilih imej baru". Dari sini anda akan diberi pilihan untuk memilih gambar daripada pustaka gambar anda, mengambil gambar atau menyemak pelayar fail peranti iOS anda. Buat masa ini, untuk memuat naik karya seni anda daripada peranti iOS anda perlu memilih fail karya seni anda daripada pelayar fail peranti anda. Ketik "Semak seimbas".

    select_artwork.png

    Selepas anda memilih semak seimbas, anda akan melihat pelayar fail aplikasi Files terbenam bagi peranti anda. Sekarang anda boleh pergi ke tempat penyimpanan fail anda yang perlu dimuat naik. Untuk contoh ini, saya telah menyimpan fail audio dan karya seni album saya dalam folder "Downloads" pada iPhone saya.

    dowloads_folder.png

    Dari sini, kita boleh teruskan mengisi borang muat naik sehingga sampai ke bahagian untuk memuat naik fail audio. Apabila anda sampai ke bahagian "Fail audio" pada borang muat naik, ketik "Pilih Fail". Anda akan melihat tiga pilihan yang sama, dan sekali lagi anda perlu memilih "Semak seimbas" untuk dibawa ke pelayar fail iOS.

    browser_iOS_file.png

     

    Sebaik saja anda telah memilih fail audio anda, semuanya sepatutnya sudah siap sedia! Jika anda mengalami masalah, pastikan anda menyimpan fail anda secara setempat dalam peranti iOS anda dan bukannya dalam iCloud. Borang muat naik DistroKid tidak menyokong muat naik awan buat masa ini, jadi anda perlu memuat naik fail terus daripada peranti iOS anda.

    Go to article
Lihat semua 11 artikel

ISRC // UPC Lihat semua 7 artikel

  • Mencari kod ISRC di DistroKid

    Untuk mencari kod ISRC tertentu, klik "Muzik Saya" dan pilih tajuk keluaran untuk ke halaman album. Tatal ke bawah sedikit untuk melihat ISRC yang dipaparkan sebaris dengan trek berkaitan.

    DistroKid menetapkan kod ISRC unik untuk setiap lagu yang anda muat naik.

    DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk menetapkan ISRC. DistroKid akan menjana kod ISRC baharu secara automatik dan percuma untuk setiap lagu yang anda muat naik.

     

    Mendapatkan kod ISRC Sebelum Muat Naik

    Anda tidak boleh mendapatkan kod ISRC daripada DistroKid sebelum memuat naik sesuatu keluaran. Namun, jika anda memerlukan kod ISRC DistroKid sebelum muzik anda disiarkan, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut (hanya tersedia untuk pelan Pemuzik Plus atau Terunggul):

    1. Muat naik muzik anda. Tetapkan tarikh keluaran pada masa hadapan (kami sarankan sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal).
    2. Kod ISRC baharu ditetapkan sejurus sebelum keluaran dihantar ke platform penstriman. Selepas penetapan dan penghantaran, anda boleh melihat kod ISRC dipaparkan sebaris dengan tajuk trek di halaman album. Jangan lupa untuk catat atau simpan kod tersebut.
    3. Setelah kod ISRC ditetapkan, anda boleh memadam keluaran tersebut jika tidak mahu ia disiarkan. Pastikan ia dipadam sebelum tarikh keluaran asal supaya keluaran tersebut tetap layak untuk pencalonan senarai main jika dimuat naik semula.
    4. Jika anda telah memadam keluaran dan ingin memuat naik semula kemudian, klik "Sudah ada kod ISRC?" di bahagian "Trek 1" pada borang muat naik. Seterusnya, masukkan kod ISRC baharu yang telah anda simpan daripada langkah 2.
    Go to article
  • Apakah ISRC?

    ISRC (International Standard Recording Code) ialah kod pengenalan unik bagi setiap rakaman audio. Anggap ia sebagai cap jari lagu anda yang membezakannya daripada berjuta-juta lagu lain di seluruh dunia, walaupun tajuknya sama.

    DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk menetapkan ISRC. Jika rakaman anda belum mempunyai ISRC (sama ada diperoleh sendiri atau melalui wakil anda), DistroKid akan menjana ISRC secara automatik untuk setiap lagu yang anda muat naik. Proses ini percuma dan tidak akan menjejaskan pendapatan anda.

    Jika rakaman anda sudah mempunyai ISRC atau anda ingin menggunakan ISRC sendiri, pelan langganan Pemuzik Plus atau Terunggul ialah pilihan yang sesuai. Melalui pelan ini, anda boleh menggunakan ISRC sendiri semasa memuat naik muzik. Untuk maklumat tentang cara mendapatkan ISRC sendiri, sila layari www.usisrc.org.

    Go to article
  • Bagaimanakah Saya Boleh Mencari UPC untuk Keluaran Saya?

    UPC adalah singkatan untuk "Kod Produk Semesta." Ia adalah kod unik yang digunakan untuk mengenal pasti produk seperti album atau single.

    UPC DistroKid dijana secara automatik untuk anda setiap kali anda memuat naik album. Untuk mencari UPC DistroKid:

    1. Daftar masuk ke DistroKid
    2. Klik album yang anda mahu
    3. Cari "UPC" yang dipaparkan di bawah karya seni anda

    UPC DistroKid adalah untuk pengedaran digital dalam DistroKid. Jika anda mahu memohon untuk UPC yang dikeluarkan oleh GS1, sila hubungi pejabat GS1 tempatan anda di sini.

    Go to article
  • Menggunakan ISRC atau UPC sedia ada untuk keluaran baharu di DistroKid

    Anda boleh menggunakan ISRC sedia ada dari luar untuk muat naik, tetapi UPC luar tidak boleh digunakan untuk muat naik baharu.

    ISRC

    DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk mengeluarkan ISRC bagi setiap trek. Jika rakaman anda belum mempunyai ISRC (sama ada diperoleh sendiri atau melalui pihak yang bertindak bagi pihak anda), DistroKid akan menjana ISRC secara automatik untuk setiap lagu yang anda muat naik. Perkhidmatan ini adalah percuma.

    Jika anda ingin menggunakan ISRC sendiri, anda boleh berbuat demikian melalui borang muat naik pelan Pemuzik Plus atau Terunggul. Pada borang muat naik, klik "Sudah ada kod ISRC?" di bahagian "Muat naik fail audio anda".

    Jika anda ingin membeli ISRC anda sendiri, lawati https://www.usisrc.org/

    UPC

    Anda tidak boleh menggunakan UPC sendiri untuk muat naik di DistroKid. Setiap muat naik ke DistroKid akan diberikan UPC unik secara automatik.

    Jika anda ingin memohon UPC yang dikeluarkan oleh GS1 untuk pengedaran fizikal di luar DistroKid, sila hubungi pejabat GS1 di negara anda di sini.

    Go to article
  • Adakah saya perlu menyediakan UPC atau ISRC untuk memuat naik ke DistroKid?

    Tidak, anda tidak perlu menyediakan UPC atau ISRC semasa memuat naik ke DistroKid kecuali jika rakaman anda telah pun diberikan ISRC (sama ada oleh anda sendiri atau pihak yang bertindak bagi pihak anda). Mengikut garis panduan ISRC, setiap ISRC digunakan untuk mengenal pasti sesebuah rakaman sepanjang tempoh hayatnya dan tidak sepatutnya berubah walaupun berlaku pertukaran pengedar, pemilikan, format fail dan sebagainya. Jika anda memerlukan bantuan untuk menentukan sama ada rakaman anda sudah mempunyai ISRC, sila hubungi ISRC tempatan anda.

    DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk mengeluarkan ISRC. Jika rakaman anda belum pernah diberikan ISRC (sama ada oleh anda sendiri atau oleh pihak yang bertindak bagi pihak anda), DistroKid akan menjana ISRC secara automatik bagi setiap lagu yang anda muat naik. Proses ini adalah percuma dan dilakukan secara automatik.

    Anda boleh menentukan ISRC anda sendiri jika anda mempunyai akaun Pemuzik Plus atau Terunggul. Lihat maklumat lanjut tentang penggunaan ISRC anda sendiri di sini: https://support.distrokid.com/hc/ms/articles/360013648993.

    Anda tidak boleh menggunakan UPC sendiri untuk muat naik di DistroKid. Setiap muat naik ke DistroKid akan diberikan UPC unik secara automatik.

    Go to article
  • Bolehkah Saya Menggunakan ISRC yang Sama dalam Pelbagai Akaun DistroKid?

    Tidak. Atas pelbagai sebab yang antaranya berada di luar kawalan kami (maaf jika kami penuh misteri), tidak mungkin untuk pelbagai pengguna DistroKid untuk memuat naik muzik menggunakan ISRC yang sama.

    Walau bagaimanapun, kami ada berita baik!

    DistroKid adalah satu-satunya pengedar yang membuatkannya mudah untuk menghantar semua (atau sebarang jumlah) pendapatan daripada sebarang trek, kepada sebarang ahli DistroKid yang lain.

    Jadi, jika anda mengalihkan atau memindahkan pemilikan keluaran daripada satu orang kepada orang yang lain, cuma guna ciri "Pembahagian" DistroKid untuk menghantar 100% (atau sebarang peratus) pendapatan daripada trek yang dipilih kepada akaun DistroKid yang baru.

    Ini akan memastikan bahawa semua metadata, termasuk ISRC, tidak terjejas dan tidak berubah. Satu lagi bonus tambahan ialah statistik dan kedudukan senarai main anda sepatutnya tidak terjejas.

     

     

    Go to article
Lihat semua 7 artikel

Lirik Lihat semua 6 artikel

  • Membetulkan Lirik yang Ditolak

    Jika lirik yang anda serahkan telah ditolak, ia mungkin tidak memenuhi keperluan khusus yang ditentukan oleh perkhidmatan yang menerima penghantaran daripada DistroKid. Ini senarai keperluan tersebut:

    • Jangan sertakan nama vokalis.
    • Jangan sertakan teks tambahan (cth: "intro", "korus", pautan media sosial).
    • Tulis semua baris berulang. Jangan tulis "Korus 2x" dan sebagainya.
    • Mulakan setiap baris dengan huruf besar.
    • Jangan guna tanda baca di hujung baris, kecuali tanda seru dan tanda soal.
    • Hanya sertakan pemisah baris (ruang kosong antara baris) antara bahagian, seperti rangkap atau korus.
    • Jangan tambah ruang tambahan pada permulaan atau penghujung baris.
    • Elakkan daripada memasukkan baris yang terlalu panjang – satu ayat setiap baris.
    • Jangan tapis perkataan eksplisit kecuali perkataan itu dikeluarkan/digantikan blip dalam rakaman audio.
      Contoh: Jangan masukkan "F***", kecuali perkataan itu telah dikeluarkan atau digantikan blip
    • Jangan masukkan aksara berangka untuk nombor antara 1-10.
      Contoh: Nombor 2 mesti ditulis sebagai dua.
    • Guna ejaan terpiawai (cth: Tryna patut ditulis sebagai Trying to).

    Untuk senarai lengkap bagi keperluan lirik, lawat Garis panduan lirik Apple Music.

     

     

    Sebab Biasa Penolakan Lirik

    Tiada Pemisah Baris Antara Bahagian (rangkap/korus/bridge/dan sebagainya)

    Pemisah baris (ruang kosong antara baris) hanya patut diletakkan di antara bahagian lirik anda, seperti antara rangkap dan korus.

    Jangan format lirik anda begini:

    So I pointed my fingers
    And shouted few quotes I knew
    As if something that's written
    Should be taken as true
    But every path I had taken
    And conclusion I drew
    Would put truth back under the knife
    And now the only piece of advice that continues to help
    Is anyone that's making anything new only break something else
    When my time comes
    Oh oh oh oh
    When my time comes
    Oh oh oh oh

    Sila format lirik anda begini:
     

    So I pointed my fingers
    And shouted few quotes I knew
    As if something that's written
    Should be taken as true
    But every path I had taken
    And conclusion I drew
    Would put truth back under the knife
     
    And now the only piece of advice that continues to help
    Is anyone that's making anything new only break something else
     
    When my time comes
    Oh oh oh oh
    When my time comes
    Oh oh oh oh

     

    Terlalu banyak pemisah baris (ruang yang tidak diperlukan antara setiap baris)

    Sila elakkan daripada menambah pemisah baris yang tidak diperlukan dalam lirik anda – pemisah baris hanya patut diletakkan di antara bahagian berbeza dalam lirik (seperti antara rangkap dan korus). Selain itu, pemisah baris tidak patut melebihi satu baris kosong di antara baris-baris lirik.

    Jangan format lirik anda begini:
    There's traffic on the bridge

    But the skyline shines with a certain light

    I know you're sick of it

    Sila format lirik anda begini:
    There's traffic on the bridge
    But the skyline shines with a certain light
    I know you're sick of it

     

    Terlalu banyak kesalahan tatabahasa/ejaan/huruf besar

    Cuba elak kesalahan tatabahasa, ejaan, dan huruf besar yang terlalu banyak dalam lirik anda.

    Jangan format lirik anda begini:
    2day is gona b the day
    That their gonna throw it back to u
    By now u shouldve some how
    Realized what u gotta do
    I dont believe that n e body
    Feels the way I do about u now

    Sila format lirik anda begini:
    Today is gonna be the day
    That they're gonna throw it back to you
    By now you should've somehow
    Realized what you gotta do
    I don't believe that anybody
    Feels the way I do about you now

     

    Tanda baca di hujung baris

    Tanda baca di hujung baris tidak dibenarkan, kecuali untuk tanda seru dan tanda soal di tempat yang sesuai.

    Jangan format lirik anda begini:
    Everything is everything.
    What is meant to be, will be.
    After winter, must come spring.
    Change, it comes eventually.

    Sila format lirik anda begini:
    Everything is everything
    What is meant to be, will be
    After winter, must come spring
    Change, it comes eventually

    Go to article
  • Bagaimanakah Saya boleh Memberikan Lirik Saya kepada DistroKid?

    DistroKid membuatkannya mudah untuk memasukkan lirik anda ke dalam perkhidmatan!

    Untuk melawat papan pemuka lirik anda dalam akaun anda:

    1. Klik Menu Ciri DistroKid di bahagian atas sebelah kanan features_menu_icon.jpg
    2. Pilih "Tingkatkan muzik anda"
    3. Pilih "Lirik"

    Dari sini, anda akan dapat menyerahkan dan menguruskan Lirik Biasa anda.

    Sila pastikan lirik anda mematuhi garis panduan di bawah

    Sebaik sahaja anda menyerahkan Lirik Biasa, ia mengambil lebih kurang 1-2 minggu untuk lirik disiarkan dalam perkhidmatan penstriman seperti:

     

    Untuk meletakkan lirik segerak dalam Spotify, TIDAL, Instagram dan Facebook, pilih Pelancar Lirik semasa menyerahkan lirik biasa anda! Pelancar Lirik adalah $14.99 untuk setiap artis, setiap tahun, dan memberikan anda penyerahan lirik segerak tanpa had melalui Musixmatch.

    Nota: Lirik segerak hanya boleh diserahkan untuk trek yang mempunyai lirik biasa yang diluluskan. Jadi jika anda baru saja memuat naik beberapa lirik biasa, tunggu sebentar sementara kami menyemak lirik anda. Ia sepatutnya hanya mengambil lebih kurang sehari atau lebih untuk lirik disemak.

    Jika anda lebih mudah belajar melalui visual, lihat video ringkas ini untuk melihat cara untuk menambah Lirik Biasa pada semua keluaran anda:

    Go to article
  • Saya Telah Menyerahkan Lirik Saya Tetapi Ia Tidak Ada dalam Perkhidmatan

    Kami menghantar lirik anda kepada perkhidmatan dan platform sebaik sahaja anda memuat naiknya. Namun, ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk lirik dipaparkan dalam perkhidmatan setelah diserahkan melalui DistroKid.

    Jika lirik anda telah diluluskan oleh DistroKid tetapi masih tidak kelihatan selepas dua minggu, ini mungkin disebabkan oleh masalah pemformatan. Semak lirik anda untuk pemformatan yang betul dan serah semula melalui DistroKid jika perlu.

    Selain itu, sila ambil perhatian bahawa langganan Lyric Blaster diperlukan supaya lirik segerak dapat dihantar ke platform seperti Spotify, Instagram, Facebook, dan Tidal. Jika lirik segerak anda tiada dalam perkhidmatan tersebut untuk artis, anda boleh melanggan Lyric Blaster melalui halaman lirik keluaran tersebut.

     

    Panduan Pemformatan Lirik

    Berikut beberapa isu pemformatan yang anda perlu semak jika lirik anda tidak kelihatan dalam perkhidmatan selepas sekurang-kurangnya dua minggu:

    • Baris lirik yang terlalu panjang: Pastikan setiap baris lirik tidak terlalu panjang atau pecahkan kepada beberapa baris. Lirik yang tidak melebihi 5-6 perkataan setiap baris biasanya lebih sesuai dengan garis panduan pemformatan kebanyakan platform.
    • Pemisah baris antara lirik: Jika lagu anda tidak mempunyai bahagian rangkap/korus/bridge yang jelas, anda patut memasukkan pemisah baris untuk membahagikan bahagian dan rangkap. Kebanyakan perkhidmatan tidak akan menerima lebih daripada 10 baris tanpa pemisah.
    • Ruang: Ruang tambahan atau kekurangan ruang boleh menyebabkan lirik anda ditolak oleh perkhidmatan.
    • Tanda baca: Lirik mungkin tidak diterima jika terdapat tanda baca di hujung baris. Biasanya masalah ini boleh dielakkan dengan membuang semua tanda baca, termasuk tanda kurungan.
    • Huruf besar yang tidak perlu: Hanya gunakan huruf besar pada perkataan pertama setiap baris dan nama khas.
    • Ejaan tidak standard dalam lirik: Contohnya, gunakan ejaan standard seperti runnin', cuba running. Elakkan penggunaan perkataan yang tidak wujud dalam lirik.
    • Eja nombor: Sebagai contoh, daripada "100", taip "seratus".
    Go to article
  • Di manakah Lirik saya akan dipaparkan?

    DistroKid menghantar lirik anda kepada

    • Apple Music
    • YouTube Music
    • LyricFind
    • Hasil Carian Google
    • dan banyak lagi

    Anda boleh juga memilih Pelancar Lirik untuk menyerahkan lirik segerak ke Spotify, TIDAL, Instagram dan Facebook! Untuk mendapatkan lirik segerak, pilih Pelancar Lirik hari ini melalui log masuk dan menyerahkan lirik biasa untuk keluaran anda.

    Nota: Ia mungkin mengambil sehingga 1-2 minggu untuk lirik anda dipaparkan dalam perkhidmatan penstriman.

     

    Kelewatan jarang berlaku, tetapi ia boleh berlaku, dan selalunya di luar kawalan kami. Kami mengesyorkan anda lihat FAQ ini berkenaan tarikh pengeluaran, terutamanya bahagian "Nota".

    Go to article
  • Bagaimanakah saya boleh mendapatkan lirik Segerak untuk lagu saya?

    Penghantaran lirik segerak ke Apple Music dan YouTube tersedia untuk semua artis yang melanggan Pemuzik Plus dan Terunggul!

    Jika anda mahu lirik segerak untuk Spotify, Tidal, Instagram dan Facebook, kami turut menawarkan perkhidmatan Pelancar Lirik kami yang dikuasakan oleh Musixmatch.

    Harganya $14.99 untuk setiap artis, setiap tahun untuk lagu tanpa had.

    Untuk meletakkan lirik segerak di Spotify dan Instagram, pilih Pelancar Lirik hari ini melalui log masuk dan menyerahkan lirik biasa untuk keluaran anda.

    Langkah pertama adalah untuk memuat naik lirik teks biasa. Kemudian, semasa menyerahkannya, pilih Pelancar Lirik untuk memilih lirik segerak. Sebaik saja lirik biasa anda diluluskan, anda boleh menyerahkan lirik segerak daripada papan pemuka lirik.

    Untuk maklumat lanjut tentang tempat penghantaran lirik, klik di sini.

    Beberapa nota:

     

    • Lirik segerak hanya boleh diserahkan bagi trek yang mempunyai lirik biasa yang diluluskan. Jadi jika anda baru saja memuat naik beberapa lirik biasa, tunggu sebentar sementara kami menyemak lirik anda. Ia sepatutnya hanya mengambil lebih kurang sehari atau lebih untuk lirik disemak.
    • Jika anda ada masalah dengan main semula semasa melaraskan lirik anda, mungkin anda patut cuba semula menggunakan Google Chrome jika anda belum menggunakannya.
    Go to article
  • Apakah perbezaan antara "Lirik Biasa" dan "Lirik Segerak"?

    Lirik Biasa ialah teks biasa bagi lirik anda. Lirik Biasa boleh diperoleh dalam Apple, Google dan LyricFind.

    Lirik segerak ialah lirik yang diselaraskan dengan muzik anda. Dalam platform yang menyokong lirik segerak, seperti Instagram dan Spotify, peminat anda akan melihat lirik anda bergerak bersama lagu anda untuk pengalaman menyanyi bersama-sama yang terbaik. Dengan langganan Pemuzik Plus atau Terunggul, kami akan menghantar lirik segerak anda ke Apple Music dan YouTube Music. Untuk meletakkan lirik segerak di Instagram dan Spotify, pilih Pelancar Lirik hari ini melalui log masuk dan menyerahkan lirik biasa untuk keluaran anda.

    Nota: Lirik Segerak boleh diperoleh oleh pelan Pemuzik Plus dan Terunggul! Pelancar Lirik adalah $14.99 untuk setiap artis, setiap tahun dan merangkumi penyerahan lirik segerak tanpa had ke Spotify, TIDAL, Instagram dan Facebook melalui Musixmatch.



     

     

    Go to article

Kredit Lihat semua 6 artikel

  • Mengapakah Kredit Saya Tidak Dipaparkan dalam Perkhidmatan Penstriman?

    Jika kredit anda tidak dipaparkan dalam perkhidmatan penstriman, platform mereka mungkin belum dibina untuk memaparkan semua kredit terperinci yang dapat dihantar oleh DistroKid. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa kredit mungkin mengambil 1-2 minggu sebelum muncul dalam sebarang perkhidmatan yang menerimanya.

    Sesetengah perkhidmatan memaparkan lebih banyak maklumat kredit daripada perkhidmatan lain. Sesetengah perkhidmatan pada masa ini hanya boleh menerima jumlah terhad, tapi ia mungkin berubah pada masa hadapan.

    Kami akan pantau setiap rakan kongsi perkhidmatan dan memberikan perkembangan kepada mereka secara berterusan tentang jumlah maksimum metadata yang mereka boleh kendalikan dalam satu masa. Kebanyakannya bermula dengan pencipta lagu dan producer.

    Maklumat tentang cara DistroKid menyokong kredit boleh diperoleh dalam artikel blog DistroKid ini: https://news.distrokid.com/credits-34db783febf6.

    Go to article
  • Apakah Kredit AI?

    Kredit AI membolehkan anda mendedahkan bahagian trek yang telah dijana oleh AI, contohnya lirik, vokal, atau persembahan instrumental. Platform penstriman (buat masa ini Spotify dan Apple Music) menunjukkan maklumat ini kepada pendengar supaya mereka boleh melihat cara trek dihasilkan.

    Apakah yang dianggap sebagai AI?

    Tambah kredit AI jika sebahagian daripada trek telah dijana oleh AI:

    • Audio yang dijana oleh AI (vokal, trek instrumental dan sebagainya)
    • Lirik yang dijana oleh AI (bukan ditulis oleh manusia)
    • Gubahan yang dijana oleh AI (melodi atau susunan yang tidak digubah oleh manusia)

    Anda tidak perlukan kredit AI jika anda hanya menggunakan AI sebagai alat:

    • Pembetulan pic, auto-tune dan sebagainya
    • Mixing atau mastering dengan bantuan AI
    • Aliran kerja yang dibantu oleh AI

    Untuk mengetahui cara menambah kredit AI, layari di sini.

    Go to article
  • Cara Melengkapkan Kredit AI

    Apabila anda memuat naik trek, kami akan bertanya sama ada terdapat mana-mana bahagian yang dijana oleh AI.

    Jika ya, pilih sekurang-kurangnya satu daripada kategori berikut:

    • Lirik — Lirik ditulis oleh AI
    • Muzik — Melodi digubah oleh AI
    • Seluruh audio — Kesemua elemen yang didengari dijana oleh AI
    • Sebahagian audio — Gabungan AI dan manusia

    Jika anda memilih "Seluruh audio", kami juga akan bertanya sama ada nama artis anda mewakili manusia atau persona AI. Platform penstriman memerlukan maklumat ini bagi memastikan kredit artis dipaparkan dengan tepat pada trek tersebut.

    Anda juga boleh menambah atau mengemas kini kredit AI selepas muat naik. Layari halaman album anda dan klik "Kredit" di sebelah setiap lagu, atau lawati https://distrokid.com/credits.

    Untuk maklumat lanjut mengenai kredit AI, sila lihat artikel ini

    Go to article
  • Menambah Kredit Penerbit, Pencipta Lagu, atau Nota Pelapik

    Untuk menambah kredit dan/atau nota pelapik pada lagu anda dalam DistroKid, layari papan pemuka kredit. Buka Menu Ciri di bahagian atas kanan DistroKid, klik "Tingkatkan muzik anda", kemudian klik "Kredit". Anda juga boleh terus ke https://distrokid.com/credits.

    Melalui papan pemuka kredit, klik pada lagu untuk menambah kredit atau nota pelapik. Maklumat yang diserahkan akan dihantar ke semua platform penstriman. Walau bagaimanapun, tidak semua platform penstriman akan memaparkan kredit atau nota pelapik yang tersedia di papan pemuka kredit. Untuk memastikan kredit anda dipaparkan, sebaiknya senaraikan kredit di bawah Pencipta Lagu atau Penerbit.

    Apabila menambah kredit pada lagu buat kali pertama, anda mesti memberi kredit kepada pencipta lagu terlebih dahulu kerana ia wajib untuk semua lagu.

     

    Menambah Kredit atau Nota Pelapik pada Lagu

    Melalui papan pemuka kredit di https://distrokid.com/credits, klik pada lagu untuk menambah kredit atau nota pelapik. Di halaman seterusnya, gunakan menu lungsur "Tambah baharu..." untuk memilih jenis kredit atau nota.

    Setelah itu, menu lungsur kedua akan muncul untuk anda memperincikan maklumat. Contohnya, kredit "Pemuzik" mempunyai menu kedua yang membolehkan anda menentukan alat muzik bagi pemuzik tersebut.

    Seterusnya, masukkan nama penerima kredit tersebut atau maklumat yang perlu dipaparkan dalam nota pelapik. Kemudian, klik "Simpan kredit ini". Setelah selesai, klik "Selesai, serahkan kepada perkhidmatan penstriman" untuk menghantar kredit dan nota yang telah dikemas kini kepada perkhidmatan.

    Tonton video panduan di bawah mengenai cara untuk menambah Kredit dan Nota Pelapik:
     
     

    Go to article
  • Menambah Penerbit pada Keluaran

    Anda boleh menambah kredit penerbit pada keluaran anda pada bila-bila masa dengan melawati halaman Kredit anda, walaupun keluaran tersebut sudah disiarkan di perkhidmatan.

    Untuk melakukannya, pergi ke halaman album bagi keluaran yang ingin disunting melalui papan pemuka DistroKid anda, kemudian klik "Kredit". Anda juga boleh terus ke https://distrokid.com/credits dan cari keluaran yang ingin ditambah kredit penerbit tersebut.

    Di halaman kredit, klik menu ke bawah "Tambah Baharu..." dan pilih "Penerbit".

    Selepas memilih jenis kredit Penerbit, anda boleh menentukan jenis penerbit yang khusus dalam menu ke bawah seterusnya. Setelah selesai mengisi medan ini, anda boleh memasukkan nama penerbit tersebut. Anda juga boleh menambah e-mel mereka jika mahu, namun e-mel penerbit tidak akan dipaparkan di perkhidmatan penstriman.

    Sebaik sahaja anda memasukkan maklumat, klik "Simpan kredit ini". Selepas semua kredit dan nota pelapik selesai ditambah, klik "Selesai, serahkan kepada perkhidmatan penstriman" untuk menghantar maklumat terkini tersebut kepada perkhidmatan.

    Go to article
  • Mengapakah DistroKid Meminta Nama Sebenar Pencipta Lagu?

    Berita baik! Perkhidmatan penstriman sudah mula memberi kredit yang patut diberikan. Maksudnya, antara perkara lain, menunjukkan pencipta bagi setiap lagu.

    Biasanya, pencipta lagu disenaraikan menggunakan nama sebenar--bukan nama pentas atau nama penyanyi rap atau nama kumpulan.

    Jangan risau jika anda menggunakan nama pentas--nama sebenar anda takkan dipaparkan dengan jelas sebagai nama artis, tapi ia akan dipaparkan apabila pendengar melihat kredit atau lirik lagu.

    Contohnya, lihat 2 Chainz dan lagu "Bigger Than You (feat. Drake & Quavo)" dalam Spotify (di sini). Seperti yang anda jangkakan, nama artis disenaraikan sebagai:

    • 2 Chainz
    • Drake
    • Quavo

    Walau bagaimanapun, jika anda lihat kredit untuk lagu itu dalam Spotify (ini caranya), anda akan lihat artis tersebut menyenaraikan nama sebenar artis sebagai pencipta lagu. Nama sebenar mereka ialah:

    • Tauheed Epps
    • Aubrey Graham
    • Quavious Marshall

     

    Lihat tangkapan skrin daripada Spotify, di bawah.

    stage_real_names.png
     

    Go to article

Lagu Nyanyian Semula Lihat semua 5 artikel

  • Mengapakah Saya Mesti Membeli Lesen Lagu Nyanyian Semula Saya Melalui DistroKid?

    Setiap kali anda memuat naik lagu ke DistroKid, anda akan lihat kotak pilihan yang menetapkan sama ada anda menulis lagu itu (lagu "asal") atau orang lain yang menulisnya (lagu "nyanyian semula").

    Ada undang-undang di Amerika Syarikat yang menentukan cara pendapatan daripada lagu nyanyian semula perlu dikongsi dengan pencipta lagu asal. Jika anda mahu tahu butirannya, klik di sini.

    Berita baiknya ialah DistroKid membuatkannya mudah untuk memuat naik nyanyian semula, sangat mudah hingga anda tak perlu memikirkannya. Hanya klik kotak dalam borang muat naik kami yang menyatakan ia lagu nyanyian semula, kemudian untuk bayaran yang rendah ($12 untuk setiap lagu nyanyian semula, diperbaharui setiap tahun) DistroKid secara automatik akan mengeluarkan jumlah yang diwajibkan undang-undang daripada pendapatan anda (biasanya 9.1 sen untuk setiap jualan di Amerika Syarikat) dan menghantarnya kepada pencipta lagu asal.

    "Bagaimana jika saya sudah mempunyai lesen untuk mengedarkan lagu nyanyian semula itu?"

    Maaf, tetapi anda masih perlu memilih lesen DistroKid. Sebabnya adalah kami tidak mempunyai cara untuk mengesahkan bahawa pencipta lagu asal dibayar untuk bahagian mereka seperti yang diwajibkan oleh undang-undang melainkan kami yang membayar mereka. Tidak menyertakan nyanyian semula dalam program pelesenan lagu nyanyian semula DistroKid boleh menyebabkan perkhidmatan penstriman untuk mengeluarkan kandungan anda--atau lebih teruk lagi--menyebabkan penulis lagu mengambil tindakan undang-undang. Tiada sesiapa mahu perkara itu berlaku.

     

     

    Go to article
  • Adakah Saya Perlu Membeli Lesen Nyanyian Semula Melalui DistroKid Jika Saya Sudah Mempunyai Lesen Daripada Agensi Lain?
    Ya.

    Sebabnya adalah kami tidak mempunyai cara untuk mengesahkan bahawa pencipta lagu asal dibayar untuk bahagian mereka seperti yang diwajibkan oleh undang-undang--melainkan kami yang membayar mereka.

    Tidak menyertakan nyanyian semula dalam program pelesenan lagu nyanyian semula DistroKid boleh menyebabkan perkhidmatan penstriman untuk mengeluarkan kandungan anda--atau lebih teruk lagi--menyebabkan penulis lagu mengambil tindakan undang-undang. Tiada sesiapa mahu perkara itu berlaku.
    Go to article
  • Jika Saya Muat Naik Lagu Nyanyian Semula sebagai Single, Bolehkah Saya Memasukkan Lagu Nyanyian Semula Itu dalam Album?

    Sudah tentu anda boleh memuat naik lagu nyanyian semula sebagai single kemudian menyertakan lagu nyanyian semula itu dalam muat naik album. Namun, sila ambil perhatian bahawa anda perlu beli lesen lagu nyanyian semula sekali lagi untuk lagu nyanyian semula yang akan disertakan dalam album tersebut.

    Anda mesti membeli lesen nyanyian semula DistroKid setiap kali anda memuat naik lagu nyanyian semula ke DistroKid.

    Jika anda memuat naik lagu nyanyian semula yang sama sebanyak dua kali, anda perlu memilih pilihan "Artis lain yang menulisnya (ia adalah lagu nyanyian semula)" di bahagian "Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula" untuk kedua-dua muat naik tersebut—iaitu bersamaan dengan membeli dua lesen. Langkah ini penting supaya sistem kami dapat menolak bahagian pencipta lagu daripada pendapatan anda bagi setiap muat naik tersebut.

    Sila ingat juga bahawa lesen nyanyian semula yang menyeluruh tidak boleh diperolehi bagi seluruh album atau diskografi – jika anda memuat naik keluaran yang mengandungi beberapa lagu nyanyian semula, lesen berasingan diperlukan untuk setiap lagu.

    Untuk maklumat lanjut tentang pembelian lesen nyanyian semula melalui DistroKid, sila lihat artikel ini.

    Go to article
  • Muzik Saya Mengandungi Persampelan daripada Lagu Lain. Adakah Itu Dibenarkan?
    DistroKid boleh membantu dengan nyanyian semula. DistroKid tidak boleh membantu dengan sampel.

    Apakah perbezaannya?

    Pensampelan

    Pensampelan adalah apabila anda menggunakan rakaman sebenar persembahan artis lain. Contohnya, jika anda menggunakan rakaman 1971 Led Zeppelin "When The Levee Breaks" sebagai trek dram anda. Itu secara amnya tidak sah, melainkan anda mempunyai kebenaran daripada artis asal atau pemilik hak cipta.

    Lagu Nyanyian Semula

    Lagu Nyanyian Semula ialah lagu yang anda persembahkan & rakam sendiri, tetapi muziknya ditulis oleh orang lain. Contohnya, apabila kumpulan anda memainkan "Smooth Criminal" (ditulis oleh Michael Jackson). Ini betul-betul okay—DistroKid membuatkannya mudah dan sah untuk menjual lagu nyanyian semula. Hanya pilih "Orang lain menulisnya" dalam bahagian "Pencipta lagu" pada borang muat naik DistroKid. Anda akan ketahui harga dan maklumat lanjut di sana.



     
    Go to article
  • Bolehkah Saya Muat Turun Lesen Nyanyian Semula Saya?

    Ya!

    Log masuk ke akaun anda dan klik Ikon Profil di bahagian atas kanan. Dari sana, klik "Lesen lagu nyanyian semula" untuk melihat lesen sedia ada anda.

    Go to article