Untuk mencari kod ISRC tertentu, klik "Muzik Saya" dan pilih tajuk keluaran untuk ke halaman album. Tatal ke bawah sedikit untuk melihat ISRC yang dipaparkan sebaris dengan trek berkaitan.
DistroKid menetapkan kod ISRC unik untuk setiap lagu yang anda muat naik.
DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk menetapkan ISRC. DistroKid akan menjana kod ISRC baharu secara automatik dan percuma untuk setiap lagu yang anda muat naik.
Mendapatkan kod ISRC Sebelum Muat Naik
Anda tidak boleh mendapatkan kod ISRC daripada DistroKid sebelum memuat naik sesuatu keluaran. Namun, jika anda memerlukan kod ISRC DistroKid sebelum muzik anda disiarkan, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut (hanya tersedia untuk pelan Pemuzik Plus atau Terunggul):
- Muat naik muzik anda. Tetapkan tarikh keluaran pada masa hadapan (kami sarankan sekurang-kurangnya 4 minggu lebih awal).
- Kod ISRC baharu ditetapkan sejurus sebelum keluaran dihantar ke platform penstriman. Selepas penetapan dan penghantaran, anda boleh melihat kod ISRC dipaparkan sebaris dengan tajuk trek di halaman album. Jangan lupa untuk catat atau simpan kod tersebut.
- Setelah kod ISRC ditetapkan, anda boleh memadam keluaran tersebut jika tidak mahu ia disiarkan. Pastikan ia dipadam sebelum tarikh keluaran asal supaya keluaran tersebut tetap layak untuk pencalonan senarai main jika dimuat naik semula.
- Jika anda telah memadam keluaran dan ingin memuat naik semula kemudian, klik "Sudah ada kod ISRC?" di bahagian "Trek 1" pada borang muat naik. Seterusnya, masukkan kod ISRC baharu yang telah anda simpan daripada langkah 2.
Sign Up