Sebelum menghantar keluaran anda ke perkhidmatan, anda perlu memasukkan maklumat khusus bagi setiap trek. Maklumat ini boleh diisi di bahagian "Trek" pada borang muat naik.
Maklumat yang Diperlukan untuk Setiap Trek
Tajuk lagu
Masukkan tajuk trek di medan "Tajuk lagu", tanpa maklumat versi atau nama artis tambahan. Maklumat ini akan ditetapkan pada bahagian seterusnya.
Penggunaan tanda kurungan pada tajuk boleh diterima, asalkan teks di dalamnya merupakan sebahagian daripada tajuk lagu asal dan bukannya maklumat versi atau artis tambahan. Sebagai contoh, tajuk Good Riddance (Time of your Life) oleh Green Day mengandungi tanda kurungan kerana teks tersebut adalah sebahagian daripada tajuk asal lagu itu, bukannya maklumat versi atau artis tambahan.
Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?
Di bahagian "Tambah artis yang ditampilkan pada tajuk lagu?", anda boleh memilih untuk menambah artis yang ditampilkan, remixer, atau artis utama tambahan pada tajuk lagu.
Untuk single, anda hanya boleh menambah Remixer atau Artis yang ditampilkan. Jika single anda adalah kolaborasi antara dua artis, sila masukkan kedua-dua nama artis tersebut sebagai kolaborasi di bahagian "Nama artis/kumpulan" pada bahagian atas borang.
Untuk keluaran dengan lebih daripada satu trek, anda juga boleh menambah "Artis utama tambahan".
Jika anda perlu menambah lebih daripada seorang artis tambahan pada trek anda, klik butang "Tambah artis yang ditampilkan".
Anda boleh memilih peranan Remixer, Artis yang Ditampilkan, atau Artis Utama Tambahan daripada menu lungsur. Selepas memilih peranan, sila masukkan nama artis berkenaan. Seterusnya, pautan profil Spotify, Apple, dan YouTube Music bagi setiap artis tambahan ini boleh dimasukkan di bahagian Pemetaan Artis.
Tambah maklumat "versi" pada tajuk lagu?
Di bahagian "Tambah maklumat "versi" pada tajuk lagu?", anda boleh menyatakan sebarang maklumat versi untuk trek tersebut. Maklumat ini perlu diletakkan dalam kurungan. Versi yang biasa digunakan termasuk:
- Secara langsung
- Akustik
- Suntingan Radio
- Remix
- Remix [Remixer]
- Remix [Genre]
Fail audio
Di bahagian "Muat naik fail audio anda", pilih fail audio untuk dimuat naik. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai jenis fail audio yang diterima.
Tambah Dolby Atmos/Audio ruang
Di bahagian "Tambah Dolby Atmos/Audio ruang", anda boleh muat naik adunan Dolby Atmos / Audio Ruang trek anda. Jika anda tidak pasti mengenai fungsi ini, lihat artikel ini untuk maklumat lanjut mengenai Dolby Atmos dan artikel ini untuk mengetahui cara menghasilkan adunan Dolby Atmos anda sendiri.
Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula
Di bahagian "Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula", anda perlu menyatakan sama ada lagu tersebut merupakan lagu asal atau lagu nyanyian semula.
Nama sebenar pencipta lagu
Di bahagian "Nama sebenar pencipta lagu", anda perlu menyenaraikan nama sebenar pencipta lagu bagi lagu asal. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang cara memasukkan nama pencipta lagu.
Pencipta Lagu / Lagu Nyanyian Semula
Jika anda telah menyatakan bahawa trek anda ialah lagu nyanyian semula, anda perlu menyemak maklumat pelesenan lagu nyanyian semula tersebut, menambah nama artis asal dan tajuk lagu asal, serta secara pilihan, tambah nama pencipta lagu asal. Anda juga perlu mengesahkan bahawa trek tersebut tidak mengandungi sebarang sampel atau remix daripada rakaman artis lain.
Lirik eksplisit
Jika keluaran anda mengandungi lirik eksplisit, anda perlu menyatakannya di bahagian "Lirik eksplisit".
Adakah ini "suntingan radio"?
Jika trek ditandakan sebagai bebas lirik eksplisit, gunakan bahagian "Adakah ini "suntingan radio"?" untuk menyatakan sama ada lagu tersebut sedia bersih sejak awal, atau merupakan versi tapis (ditapis daripada versi asal yang eksplisit).
Instrumental?
Sila tentukan sama ada lagu anda mengandungi lirik atau berbentuk instrumental di bahagian "Instrumental?".
Apple Digital Master?
Di bahagian "Apple Digital Master?", anda boleh menyatakan sama ada keluaran anda telah melalui proses mastering di studio yang diperakui oleh Apple Digital Masters. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
Masa mula klip pratonton
Di bahagian "Masa mula klip pratonton", anda boleh memilih bahagian lagu yang ingin dijadikan pratonton di platform. Pilih "Saya tentukan" untuk menetapkan penanda masa (timestamp) bagi klip yang akan dipaparkan di TikTok, Apple Music dan iTunes.
Perhatian: Ciri suntingan masa klip pratonton hanya tersedia untuk trek yang berdurasi lebih daripada 1:16.
Harga Trek
Jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau ke atas, anda boleh menetapkan harga trek di iTunes dan Amazon di bahagian "Harga Trek". Pilihan harga strandard yang sedia ada ialah $0.69, $0.99 atau $1.29. Wakau bagaimanapun, trek yang berdurasi melebihi 10 minit akan ditetapkan pada harga yang lebih tinggi.
Sign Up