Atas sebab yang jelas, anda patut guna nama artis/kumpulan yang belum wujud dalam perkhidmatan penstriman. Kewujudan beberapa artis dengan nama yang sama hanya menyebabkan pelbagai kekeliruan. Bayangkan jika ada dua Led Zeppelin, atau dua Dave Matthews (sememangnya nama yang biasa).
Tapi kadangkala ia tak dapat dielakkan. Berikut adalah soalan utama yang ditanya oleh artis apabila ada artis lain dengan nama yang sama dengan mereka.
Adakah saya akan dibayar? Atau adakah orang dengan nama yang sama itu yang akan dibayar untuk muat turun saya?
Anda akan dibayar untuk muat turun anda. Dari segi teknologi, nama artis terasing daripada penjejakan pendapatan. Jadi anda tiada masalah dan tak perlu risau tentang apa-apa.
Album saya sedang disenaraikan dengan album lain artis tersebut. Jadi ia kelihatan seperti kami orang yang sama. Bolehkah anda mengasingkannya?
Perkhidmatan penstriman kadangkala mengumpulkan artis yang mempunyai nama yang sama (atau serupa), atau mencipta halaman artis baru daripada menggunakan halaman sedia ada anda. Kami boleh membantu!
Sila lawat https://www.distrokid.com/fixer, untuk bimbingan dalam penyelesaian masalah itu!
Sebaik-baiknya, jika seseorang sudah mempunyai nama itu, anda patut fikirkan nama yang berbeza. Dalam dunia pelakon, contohnya, tiada pelakon yang dibenarkan untuk mempunyai nama yang sama dengan pelakon lain dan kedua-duanya ahli SAG (kesatuan sekerja pelakon). Itu sebabnya Samuel L. Jackson ialah Samuel L. Jackson, dan bukan Sam Jackson atau Samuel Jackson -- nama tersebut sudah diambil. Jika anda mahu kelihatan seperti profesional, mengalah saja dan fikirkan nama yang berbeza jika nama anda sudah diambil.

Sign Up