Untuk mendapatkan ISRC bagi trek tertentu, klik tajuk keluaran tersebut pada papan pemuka DistroKid anda untuk pergi ke halaman album. Tatal ke bawah sedikit dan anda akan lihat ISRC disenaraikan di sebelah trek yang berkaitan itu.
DistroKid menetapkan ISRC unik pada setiap lagu yang anda muat naik.
DistroKid telah dilantik oleh Agensi ISRC Amerika Syarikat untuk menetapkan ISRC, dan akan menjana kod ISRC DistroKid yang baru secara automatik untuk setiap lagu yang anda muat naik. Ia percuma dan automatik.
Mendapatkan ISRC Sebelum Memuat Naik
ISRC tidak boleh diperolehi daripada DistroKid sebelum memuat naik keluaran. Namun, jika anda memerlukan ISRC DistroKid anda sebelum muzik anda disiarkan, anda boleh ikut langkah berikut (hanya boleh dilakukan dengan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul):
- Muat naik muzik anda. Tetapkan tarikh pengeluaran pada masa hadapan (kami mencadangkan sekurang-kurangnya 4 minggu untuk kebanyakan keluaran).
- ISRC ditetapkan sejurus sebelum keluaran diserahkan kepada perkhidmatan penstriman. Selepas penetapan dan penghantaran, anda boleh lihat ISRC di sebelah tajuk trek dalam halaman album yang boleh diakses melalui papan pemuka DistroKid anda. Jangan lupa untuk catat atau simpan kod ISRC itu.
- Selepas mendapat ISRC, anda boleh menghapuskan keluaran anda jika anda tidak mahu ia disiarkan. Selagi anda menghapuskannya sebelum tarikh pengeluaran yang ditetapkan pada awalnya, ia masih layak dipertimbangkan untuk senarai main pada masa hadapan jika anda memilih untuk memuat naik keluaran itu semula.
- Jika anda hapuskan keluaran anda dan mahu muat naik semula nanti, klik "sudah ada kod ISRC?" di sebelah trek pada borang muat naik untuk memasukkan ISRC anda yang disimpan daripada langkah 2.
Sign Up