Borang muat naik DistroKid mempunyai kotak semak untuk "Penormalan Kelantangan".
Apabila anda memilih ekstra ini, DistroKid akan melaraskan tahap dan headroom audio anda secara automatik mengikut tetapan yang disyorkan oleh Spotify: -14dB LUFS bersepadu dengan -1dB maksimum true peak. Audio anda yang telah diselaraskan akan dihantar ke semua platform penstriman yang anda pilih.
Perkhidmatan penstriman mengesyorkan tetapan ini atau yang serupa untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya herotan, clipping dan masalah lain yang boleh timbul semasa proses transkod serta main balik di setiap perkhidmatan penstriman. Untuk maklumat tentang proses transkod Spotify, sebagai contoh, lawati https://support.spotify.com/my-ms/artists/article/audio-file-formats/.
Jika anda memilih Penormalan Kelantangan, kami akan menyemak terlebih dahulu jika keluaran anda sudah berada pada kelantangan optimum. Jika ya, kami tidak akan melakukan Penormalan Kelatangan, dan anda tidak akan dikenakan sebarang caj.
Untuk maklumat lanjut tentang cadangan Spotify, lihat bahagian "Panduan Mastering" daripada halaman Spotify for Artists ini: https://support.spotify.com/my-ms/artists/article/loudness-normalization/.
Sign Up