Borang muat naik DistroKid ialah halaman yang akan anda gunakan untuk menambah semua maklumat penting serta fail audio dan karya seni bagi suatu keluaran. Borang ini mempunyai beberapa bahagian yang boleh digunakan untuk memastikan keluaran anda dipaparkan sama seperti cara yang anda mahu apabila ia disiarkan. Selain itu, anda boleh menggunakan borang muat naik ini untuk menetapkan halaman artis tertentu bagi memastikan keluaran anda dipaparkan di platform penstriman, serta memilih untuk menyertakan pelbagai ciri tambahan album DistroKid yang ditawarkan.
Bahagian-bahagian dalam Borang Muat Naik
Perkhidmatan
Bahagian Perkhidmatan ialah tempat untuk anda memilih platform perkhidmatan bagi penghantaran keluaran anda - tandakan kotak bagi perkhidmatan yang diingini dan nyahtandakan kotak bagi perkhidmatan yang ingin dikecualikan.
Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang boleh menerima muzik anda.
Bilangan Lagu
Dalam bahagian "Bilangan lagu", anda boleh memilih bilangan lagu yang anda mahu sertakan dalam muat naik anda.
Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang perbezaan antara Single, EP dan Album.
Pernah Dikeluarkan Sebelum ini?
Dalam bahagian "Adakah single ini pernah dikeluarkan sebelum ini?", anda perlu menyatakan sama ada keluaran tersebut pernah diedarkan sebelum ini atau tidak. Pilihan anda bagi soalan ini akan menentukan sama ada anda boleh memilih tarikh keluaran yang lalu atau akan datang.
Jika anda memilih Ya di bahagian "Adakah single ini pernah dikeluarkan sebelum ini?", anda boleh menyatakan tarikh keluaran asal untuk projek tersebut.
Jika muat naik anda belum pernah dikeluarkan sebelum ini dan anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau lebih tinggi, anda juga boleh menetapkan tarikh pesanan awal untuk perkhidmatan yang menawarkannya.
Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut.
Nama Artis/Kumpulan
Dalam bahagian "Nama artis/kumpulan", anda boleh memilih nama artis Utama bagi keluaran tersebut. Artis Utama atau "penghibur" ialah artis yang dikreditkan pada peringkat album. Artis Utama akan disenaraikan pada setiap trek dalam album tersebut.
Jika akaun anda masih ada slot artis, anda boleh memasukkan sebarang nama artis di sini. Jika tiada slot artis yang tersedia, anda akan melihat menu ke bawah untuk memilih salah seorang artis yang sudah ada dalam akaun anda.
Untuk maklumat lanjut tentang Peranan Artis, lihat FAQ di artikel ini.
Artis Sudah Berada di Spotify / Apple Music / YouTube Music / Instagram / Facebook
Dalam bahagian "Artis sudah berada di Spotify / Apple Music / YouTube Music / Instagram / Facebook?", anda boleh memberitahu DistroKid sama ada anda sudah mempunyai profil artis sedia ada di salah satu atau di semua perkhidmatan yang disenaraikan bagi nama artis/kumpulan utama anda. Jika anda mempunyai profil artis sedia ada di salah satu perkhidmatan tersebut, anda boleh menggunakan bahagian ini untuk menunjukkan halaman artis berkenaan.
Jika anda tidak mempunyai nama artis sedia ada di Spotify, Apple Music, atau YouTube Music, memilih "Tidak" akan mencipta halaman artis baru untuk keluaran anda dalam perkhidmatan tersebut. Apabila memilih "Tidak" untuk Instagram atau Facebook, halaman baru tidak akan dicipta dalam perkhidmatan tersebut.
Tarikh keluaran
Bahagian tarikh keluaran borang muat naik adalah untuk anda menyatakan masa yang anda mahu keluaran anda disiarkan di platform penstriman, termasuk tarikh keluaran akan datang jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul. Jika anda melanggan pelan Pemuzik, anda boleh melayari https://distrokid.com/plan untuk menaik taraf ke pelan yang lebih tinggi bagi mendapatkan akses kepada tarikh keluaran akan datang.
Jika anda memilih tarikh keluaran pada masa hadapan, anda juga boleh menetapkan masa keluaran khusus serta penyelarasan keluaran untuk Spotify sahaja, dan memilih untuk menetapkan tempoh pesanan awal bagi iTunes dan Amazon.
Untuk maklumat lanjut tentang pemilihan tarikh keluaran anda, lihat artikel ini. Untuk maklumat tentang keluaran pada masa tertentu di Spotify, sila rujuk artikel ini. Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang pesanan awal.
Label rakaman
Bahagian "Label rakaman" boleh digunakan untuk memasukkan nama label rakaman tersuai jika anda melanggan pelan Pemuzik Plus atau Terunggul.
Kulit album
Dalam bahagian "Kulit album", anda boleh memilih karya seni yang ingin dimuat naik. Secara amnya, fail .jpg bersaiz 3000x3000 piksel adalah yang paling sesuai.
Lihat artikel ini untuk maklumat lanjut tentang cara memastikan karya seni album anda menepati keperluan yang ditetapkan.
Tajuk album
Bahagian "Tajuk album" digunakan untuk menetapkan tajuk keluaran yang mengandungi lebih daripada satu lagu. Bagi lagu single, tajuk album akan ditetapkan secara automatik mengikut tajuk lagu tersebut.
Harga album
Jika anda mempunyai pelan Pemuzik Plus atau Terunggul dan memuat naik keluaran yang mengandungi lebih daripada satu lagu, anda boleh menggunakan bahagian "Harga album" untuk menetapkan harga album tertentu untuk iTunes dan Amazon. Jika harga pembelian semua trek secara berasingan adalah lebih rendah daripada harga album yang dinyatakan di sini, stor akan menggunakan jumlah harga trek sebagai harga album.
Bahasa
Di bahagian "Bahasa", anda boleh memilih bahasa utama yang digunakan pada keluaran tersebut. Bahasa yang dipilih mesti sepadan dengan bahasa yang digunakan untuk tajuk trek.
Genre utama
Di bahagian "Genre utama", anda boleh memilih genre utama untuk keluaran anda. Senarai kami merangkumi semua genre yang diterima oleh platform edaran kami, namun subgenre khusus anda mungkin tiada dalam senarai. Pilih sahaja genre yang paling dekat dengan keluaran anda. Lagipun, setiap perkhidmatan biasanya akan mempunyai kriteria penyusunan genre mereka sendiri.
Genre kedua
Jika satu genre tidak cukup deskriptif untuk anda, ini berita baik! Anda boleh tambah satu lagi! Senarai genre ini adalah sama dengan senarai genre utama, jadi pilih satu lagi genre yang sesuai dengan projek anda.
Trek
Bahagian "Trek" adalah tempat untuk anda memasukkan semua maklumat yang diperlukan bagi setiap trek yang dimuat naik.
Untuk maklumat lanjut tentang cara memasukkan maklumat trek pada borang muat naik, lihat artikel ini.
Pemetaan Artis
Bahagian "Pemetaan Artis" akan muncul jika anda telah menambah artis yang ditampilkan atau kolaborator tambahan pada sebarang trek individu dalam muat naik anda, atau jika muat naik anda merupakan kolaborasi antara beberapa artis. Di bahagian ini, anda boleh memastikan semua artis tambahan dipautkan dengan betul dalam perkhidmatan penstriman.
Jika artis anda tidak mempunyai halaman artis sedia ada, anda boleh memilih "Tidak - [Nama Artis] belum ada profil artis dalam perkhidmatan penstriman". Jika artis anda mempunyai halaman artis sedia ada dalam Spotify, Apple Music dan YouTube Music, anda boleh menyerahkan halaman tersebut dengan memilih "Ya - [Nama Artis] sudah mempunyai profil artis dalam perkhidmatan penstriman yang saya ingin tetapkan..." dan memasukkan URI Spotify, URL Apple Artist dan URL Artis YouTube Music untuk artis anda.
Keperluan Tambahan Apple Music
Jika anda menghantar muzik ke Apple Music atau iTunes, gunakan bahagian "Keperluan Tambahan Apple Music" untuk menambah semua kredit yang diperlukan pada keluaran bagi menghantarnya ke Apple. Anda perlu menyertakan sekurang-kurangnya satu kredit penghibur dan satu kredit penerbit.
Ekstra
Bahagian "Ekstra" membolehkan anda menambah ekstra tidak wajib pada keluaran anda.
Untuk maklumat lanjut tentang setiap ekstra yang tersedia, klik di sini.
Kotak Semak Penting
Bahagian terakhir ialah "Kotak semak penting (wajib)". Anda perlu melengkapkan bahagian ini untuk menghantar keluaran anda ke perkhidmatan.
Anda boleh menyemak Syarat Perkhidmatan dan Perjanjian Pengedaran DistroKid di sini.
Sign Up