Untuk menerima bayaran daripada jualan Direct, anda perlu menyambungkan akaun PayPal supaya kami boleh memasukkan wang hasil jualan anda dan mengeluarkan kos bagi menampung pengeluaran merch.
Cara menggunakan PayPal untuk deposit dan pengeluaran:
Selepas menyediakan kedai anda, pergi ke Payment Settings (Tetapan Pembayaran) dan lengkapkan tetapan ini. Pelanggan hanya akan dapat membeli daripada anda selepas anda melengkapkan langkah ini.
Secara ringkas, beginilah cara jualan Direct berfungsi:
Pelanggan membuat bayaran penuh bagi pesanan yang dibuat ke akaun PayPal anda
Gelato akan mengenakan caj kepada anda bagi kos pembuatan dan penghantaran produk tersebut
Baki yang tinggal adalah pendapatan anda
Apabila pelanggan membeli dari kedai merch Direct anda, bayaran penuh akan terus dimasukkan ke dalam akaun PayPal anda.
Selepas pesanan dihantar kepada Gelato (rakan cetakan kami), mereka hanya akan mengenakan caj ke akaun PayPal anda untuk kos pembuatan dan penghantaran bagi pesanan tersebut.
Bayaran kepada anda sentiasa didahulukan. Gelato hanya akan mengenakan caj kepada anda selepas bayaran penuh daripada pelanggan diterima. Anda sama sekali tidak perlu membayar kos pembuatan sebelum memperoleh bayaran bagi pesanan tersebut.
Akaun PayPal (jenis Peribadi atau Perniagaan) diperlukan untuk membuka kedai merch Direct. Sebaik sahaja anda menyambungkan akaun PayPal serta membenarkan urusan deposit dan pengeluaran, kedai anda sudah sedia untuk menerima pesanan daripada peminat.
Menghadapi masalah dengan PayPal?
Kami sedang menjalankan program rintis terhad sebagai alternatif kepada PayPal. Gunakan Stripe untuk menerima bayaran daripada pelanggan dan kad kredit untuk menampung kos pengeluaran merch. Jika anda ingin mencubanya, daftar untuk program rintis Stripe.
Sign Up